Wednesday 14 June 2017

EXPLAIN BETUL-BETUL

  • Kesilapan consultant adalah tidak memberikan maklumat yang betul pada pelanggan. Takut nak cerita berkenaan cas perkhidmatan, pelaburan jangka masa panjang, takut nak cerita pasaran jatuh dan yang paling teruk MENIPU pulak pelanggan kerana nak kejar SALE. 

  • Kebiasaan yang saya jumpa ialah mereka yang MASIH BARU dapat lesen UNIT TRUST.

  • Percayalah sekiranya anda buat sebagaimana yang saya sebut tadi maka anda tidak akan lama berada dalam industri ini bahkan dalam mana-mana perniagaan juga. 


  • Kerana KEPERCAYAAN PELANGGAN adalah menjadi keutamaan.

Thursday 8 June 2017

KOMUNIKASI DENGAN PASANGAN HIDUP


  • Sebelum saya memutuskan untuk full-time dalam business ini, saya discus panjang dengan my wife. Yer keputusan berani mati untuk full-time!. 
  • Kami ambil masa selama 6 bulan untuk berfikir dan berdoa pada Allah untuk betul-betul memastikan bahawa tindakan kami adalah tepat!. Solat hajat dan solat istikharah bersama munajat padaNya. Terpaksa kami rahsiakan pada SEMUA terutama ibu bapa bagi mengelakkan mereka risau. 


  • Pasangan anda perlu tahu selok belok business yang kita buat. Ada kalanya jumpa dengan client perempuan, kena outstation, keluar malam, pasang surut business and so on. 
  • Saya pernah bawak my wife untuk merasa sendiri pengalaman susah senang kerjaya saya ini. Sempat la merempit bersama pada hujung minggu buat listing. Senyum memanjang if ingat balik pengalaman tersebut.
  • Ramai orang memandang remeh bab ini at the end timbul macam-macam masalah dalam keluarga. Sehinggakan ada sampai bercerai. Cuba bayangkan if benda macam ini berlaku dalam kehidupan anda.

Tuesday 30 May 2017

SENTIASA BERADA DENGAN ORANG YANG SAMA BUSINESS DENGAN ANDA

  • Maksud saya disini adalah kita sentiasa berhubung dengan orang yang satu kerjaya dengan kita. Ini penting untuk kita tidak lari dari landasan kita. 
  • Saya selalu melepak dengan my business partner kurang-kurang pun seminggu sekali. Yerla kadang-kadang kita rasa down, kurang keyakinan, Ada masalah itu dan ini.
Semasa di Korea
  • Ketika market down dahulu(2008) saya masih ingat lagi. Dah la saya orang baru, agak mendebarkan jugak. Pada ketika itu kiranya masih ramai lagi yang belum mengerti bahawa ketika market rendah macam itu la baik untuk melabur, ketika harga promosi. Ramai pelabur yang panik dan nak jual pelaburan mereka.
  • Alhamdulillah dengan teknik dan kaedah yang betul, belajar dari rakan-rakan satu business saya masih kekal sehingga ke saat ini.

Monday 29 May 2017

SUSUR GALUR SEORANG PERUNDING UNIT AMANAH

Kisahnya bermula ketika bekerja di Kuala Lumpur. Ketika itu bekerja di tengah ibu kota dengan gaji hanyalah RM 800/month. Nasib baik  company sediakan rumah untuk staff. Dengan motor ex5 ke tempat kerja menyelit mengalahkan mat rempit. Dalam kepala asyik duk fikir macam mana nak tambahkan pendapatan? Maklumlah adik beradik ramai dan masih belajar. Saya pulak ketika itu baru menyunting bunga di taman. Huhhh lagi pening!. Kerja pun tak tentu kadang-kadang malam kadang-kadang siang.


Di pendekkan cerita jumpa brother ni di internet. Terus jumpa dan ternyata meleset anggapan negative saya sebelum ini Yang kerjaya UNIT TRUST CONSULTANT ini income tak besar dan TAK TETAP, yerla komisen pun hanya dari 2% to 4%. Ternyata pendapatan dalam business ini NO LIMIT & ada cara nak menjadikannya TETAP.

BELAJAR
Wow! Its great!..terus nekad nak ambil exam, Walaupun ketika itu saya masih muda dan tiada pengalaman dalam bidang ini. Ilmu macam-macam mana pun memang kena BELAJAR dan TERUS BELAJAR. Bukan terus masuk TERUS PANDAI.

TURUNKAN EGO
Saya memang back ground accountan, dan saya memang terlibat dengan finance department one of multinational company(pekerjaan kedua saya di sini) EGO tu ada la sikit. Bagi saya belajar banyak mana pun kita ilmu tak akan meresap dalam diri kita selagi EGO DAN BERLAGAK berada dalam diri anda. Ini merupakan adab Dan akhlak kita dengan ILMU.

KELAS
Pada awal penglibatan saya wajibkan diri untuk hadir setiap kelas yang di anjurkan oleh boss saya iaitu Tuan Shaari. Setiap minggu pergi kelas. Dapat ilmu pengisian, dapat jumpa kawan seperjuangan dari macam-macam background. Dapat dengar sharing dari otai-otai dan macam-macam lagi. Dapat recharge!

SHARING
Dengar secara live dari business partner. Bukan hanya teori di buku semata-semata. Kerana bidang ini terlalu unik dan berubah mengikut keadaan dan masa. Sharing dari pengalaman orang ni dapat memberi energy yang positive pada kita.

Bersambung....