Wednesday 14 June 2017

EXPLAIN BETUL-BETUL

  • Kesilapan consultant adalah tidak memberikan maklumat yang betul pada pelanggan. Takut nak cerita berkenaan cas perkhidmatan, pelaburan jangka masa panjang, takut nak cerita pasaran jatuh dan yang paling teruk MENIPU pulak pelanggan kerana nak kejar SALE. 

  • Kebiasaan yang saya jumpa ialah mereka yang MASIH BARU dapat lesen UNIT TRUST.

  • Percayalah sekiranya anda buat sebagaimana yang saya sebut tadi maka anda tidak akan lama berada dalam industri ini bahkan dalam mana-mana perniagaan juga. 


  • Kerana KEPERCAYAAN PELANGGAN adalah menjadi keutamaan.

Thursday 8 June 2017

KOMUNIKASI DENGAN PASANGAN HIDUP


  • Sebelum saya memutuskan untuk full-time dalam business ini, saya discus panjang dengan my wife. Yer keputusan berani mati untuk full-time!. 
  • Kami ambil masa selama 6 bulan untuk berfikir dan berdoa pada Allah untuk betul-betul memastikan bahawa tindakan kami adalah tepat!. Solat hajat dan solat istikharah bersama munajat padaNya. Terpaksa kami rahsiakan pada SEMUA terutama ibu bapa bagi mengelakkan mereka risau. 


  • Pasangan anda perlu tahu selok belok business yang kita buat. Ada kalanya jumpa dengan client perempuan, kena outstation, keluar malam, pasang surut business and so on. 
  • Saya pernah bawak my wife untuk merasa sendiri pengalaman susah senang kerjaya saya ini. Sempat la merempit bersama pada hujung minggu buat listing. Senyum memanjang if ingat balik pengalaman tersebut.
  • Ramai orang memandang remeh bab ini at the end timbul macam-macam masalah dalam keluarga. Sehinggakan ada sampai bercerai. Cuba bayangkan if benda macam ini berlaku dalam kehidupan anda.