Wednesday 28 February 2018

RUNSING BARANG YANG DI PROMOTE TAK LAKU


Nasi lemak tersohor seluruh dunia

Walaupun business yang kita buat itu memang dah terkenal di atas muka bumi benda ini memang ada berlaku.

Kita dah buat semua markerting stratergy. Online marketing, face to face, booth, cold calling, survey form, refferal, orang terdekat dan banyak lagi cara marketing semua dah buat tetapi macam dapat letih sahaja habuk pun tiada.

Sabar dahulu teman-teman.

Disini ada antara beberapa sebab terjadi begitu.


• MUNKIN BELUM SAMPAI MASA:
Duit tiada, tunggu gaji, tunggu setled kan anak sekolah, duit nak pakai untuk hari raya, duit nak kawin, duit nak beli rumah, duit KWSX tak cukup lagi, macam-macam la reason. If consultant pemakanan dan diet cuba guna ayat ini pada client ‘EAT YOUR FOOD AS YOUR MEDICINES. OTHERWISE YOU HAVE TO EAT MEDICINES AS YOUR FOOD’.


• WAIT AND SEE:
Ada juga nak tunggu dan lihat dahulu perkembangan kita dalam perniagaan tersebut. Antara sebabnya nak tengok kita ini betul-betul serious dalam business itu atau hangat-hangat tahi ayam. When dah ok dia akan hubungi anda.


• PENGALAMAN LEPAS:
Di sebabkan kita selalu lompat sana lompat sini, buat itu dan ini tanpa consistent so menyebabkan orang tak confident dengan kita. Kan aku letak duit aku sini nanti kamu pindah tempat lain letih pulak aku nak ejasnya nanti. Saya ada beberapa client yang concern berkenaan hal ini siap tanya takut saya akan pindah tempat lain. Last tanya, rupanya dari pengalamannya sebelum ini dah mengajar beliau.


• PEREMPUAN/LELAKI:
Eh ada orang macam itu. Tunggu consultant perempuan/lelaki datang jumpa baru dia akan terima. Sebab itu di receptionist hotel or tempat-tempat kritikal akan ada pembahagian lelaki dan perempuan. Kadang-kadang orang nak marah pun jadi cool down. So sebenarnya tak mustahil boleh tackle dengan client begini kerana saya sendiri pun ada dapat client yang jenis begini walaupun dia nak consultant perempuan, alhamdulillah.


Rasanya beberapa point di atas boleh di atasi dengan FOLLOW UP client. Semoga bermanfaat.

PERAK DAN EMAS


• Seseorang yang sibuk dengan BANGUNAN PERAK yang besar biasanya tidak akan mempedulikan BATU-BATU EMAS yang berselerakan di jalanan.


• Sibuk dengan nak kerja di multinational company sehingga melepaskan peluang yang begitu besar berada di sekelilingnya.

• Katanya hidup lebih terjamin dan bergaji besar walaupun sebenarnya belum tentu dapat. Dengan sebab itu menunggu dan terus menunggu jawapan penerimaan dari majikan tersebut tanpa sedikit pun memandang kerja-kerja lain.

• Begitu juga seorang consultant begitu teruja kononnya ada client nak invest RM 1 Juta dengannya, sedangkan belum tentu lagi rezekinya. If dah ada cheque di tangan baru boleh sembang.

• Angan-angan punya pasal sehingga pandang rendah pada investment kecil yang tentunya nak invest dengannya. Jadi terus menunggu cheque yang berjuta tadi tanpa berbuat apa-apa katanya komisen sahaja dah cukup untuk hidup setahun. At the end orang itu tak jadi invest.

• Buang masa, buang duit, buang peluang, buang segala-galanya.

• Begitu juga yang dah ada lesen unit trust pandang sebelah mata sahaja kerana kerja beliau sekarang dah cukup hebat. Tiba-tiba tersungkur di tengah jalan kerana zaman VSS. Masa itu barulah buka mata.

Hargailah PELUANG YANG ALLAH BERIKAN

Monday 26 February 2018

‘KALAU’ LEMBU PUN BOLEH TERBANG


Kalau aku kaya,
Hari-hari hari raya,
Bil bil jiran keluarga,
Aku belanja selamba.

• “Sekiranya main buah KALAU ini LEMBU PUN BOLEH TERBANG”. terpacul keluar dari lidah one of my friend ketika masa belajar dahulu. Saya gelak guling-guling pada masa itu.

• Ya perkataan yang cukup sinonim dengan kehidupan kita “KALAU”.

• KALAU la awal lagi saya terjebak dengan dunia unit trust ini mesti lagi best! Ketika itu IDEA saya dah ada.

• Pertama, tak nampak duit tunai keluar dari poket client kerana menggunakan duit KWSX. Lagipun duit itu hanya boleh di keluarkan apabila umur mencecah 55 tahun.

• Kedua, pengalaman saya ketika itu memang dah deal dengan manusia so sedikit sebanyak memang boleh gilap lagi. Nak tunggu sampai skill saya betul-betul mahir dalam hal deal dengan manusia ini baru nak register lesen Unit Trust sampai kesudah memang tak la kerana manusia akan berubah mengikut zaman dan masa.

• Ketiga, umur saya masih muda bujang tang-tang, tubuh sihat, boleh melangkah jauh dan bekerja sampai malam pun tak kisah, idea pun gila-gila, tanggungjawab pun tak berat lagi.

• Keempat, rasa nak mengumpul wang menebal dalam diri pada ketika itu kerana nak tolong keluarga, adik beradik masih belajar, nak kawin, nak itu dan ini. Business ini income no limit.

• Kelima, produk yang ditawarkan company adalah ISLAMIC. Memang peluang agak besar kerana tuntutan pada orang islam. Ketika itu ramai orang telah sedar akan hal ini. Pada ketika itu company insurans pun sibuk nak men takaful kan produk mereka. Suatu zaman yang cukup besar peluangnya.

• Keenam, return yang cukup kompetitif. Membuatkan saya buka mata. “Eh ada ya produk sedemikian rupa?”. merupakan salah satu point yang cukup kuat untuk tarik client.

• Ketujuh, saya terkesan dengan satu kata-kata dalam buku seingat saya, “syarikat berani ambil anda sebagai pekerja untuk memberi untung pada syarikat” TETAPI “anda tak berani untuk ambil risiko bekerja untuk diri ANDA SENDIRI dan memberikan untung pada diri ANDA SENDIRI”. Hati ini lagi panas.

• Tetapi kerana sangat memikirkan modal pada ketika itu jadi saya tangguhkan dahulu niat saya kerana lari sedikit sahaja sebenarnya budget saya just RM 250 pada ketika itu. Alahai ruginya rasa pada ketika itu kerana terlalu berkira. Bukan banyak mana pun.



• Tapi ingat! KALAU ini tak boleh digunakan kecuali:

ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘KALAU’.
Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

• Kalau anda sering menggunakan KALAU (yang negatif) dalam kehidupan anda maka anda tak akan kemana-mana.

• Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian if peluang dah ada di depan mata cepatlah bertindak!

Thursday 22 February 2018

GUNAKAN SEBAIK-SEBAIKNYA


• Zaman sekarang zaman IT. Famous dengan media social nya, FB, Twitter, Instagram, what's up. Kita Tidak boleh melihat sahaja arus ini berlalu begitu sahaja, lebih-lebih lagi jikalau anda berniaga.

• Anda menolak bererti anda akan terkebelakang dan perniagaan anda tinggal dalam LIPATAN SEJARAH sahaja.

• Kalau anda perasan di FB ada iklan dari KFC, MCD, Panasonic, Adidas, Merc,BMW, dan banyak lagi.

• Semalam terjumpa dengan somebody yang buat business part time dengan hanya buat video dan post dalam YouTube. Dapat menjana pendapatan sehingga RM 8000 permonth. Wow!




• Anda guna sebaik munkin teknologi yang ada sekarang ni TAK MUSTAHIL dengan one click you can make money.

• But with one click juga boleh mendatangkan BALA sekiranya silap penggunaannya.

Wednesday 21 February 2018

TANPA SEDAR (AUTO DEBIT) DAN PAKSA RELA




•Semalam sempat appointment dengan one of my client. Dalam percakapan itu terkeluar cerita duit masih tak cukup nak pergi Haji.

• Saya cakap dah cukup. Terkejut dia..saya kata cuba cek simpanan beliau dalam public mutual. Eh cukup la. Tak sangka dah banyak itu rasanya baru beberapa tahun simpan.

• Ingat tak, ada pernah sekali atau dua kali tuan nak buat keluar sedikit dan kena marah dengan saya? Saya kata please cari duit lain. Senyum jer dia. AAA tu dia kena paksa rela.

Baru tau!

KEHIDUPAN ANDA MENGIKUT SPESIFIKASI ORANG (KATA ORANG)

Perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..

Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa!


Dengar lagu dahulu..….


• Emmm….tentu anda pernah mengalami situasi ini. Nak buat ini tak kena itu tak kena semua tak kena di sebabkan kita rasa apa orang akan kata at last hidup anda menjadi mengikut spesifikasi orang lain. Orang yang tentukan kehidupan anda sedangkan andalah yang mengetahui tinggi rendah diri anda sendiri.

• Pernah dahulu ada kawan saya kata kau kena pakai kereta ini, kau kena beli rumah macam ini. Ya saya ikut apa yang dia kata tapi mengikut spesifikasi saya sendiri. Mengikut ketebalan poket saya. Macam-macam orang mengata di sekeliling kita nak itu dan ini. If anda ikut bulat-bulat so if ada masalah anda sorang-sorang lah merana.

• Bukan orang itu yang nak tolong bayarkan bulanan rumah anda. Bukan orang itu yang bayarkan instalment kereta anda.

• So tepuk poket tanya duit. Nak ikut spec orang lain atau nak ikut spec anda sendiri?


gambar: kereta pinjam masa di korea. pinjam bergambar.

Friday 16 February 2018

DISIPLIN

 Sedikit Tips Untuk Bakal Client.

• Nak invest unit trust ni Ada tempoh dan ada target. Contohnya education plan, retirement plan, Mutual Gold Plan...

• Sama macam kita MENABUNG. Kita target apabila tabung itu penuh baru la kita buka. Sikit-sikit kita menabung lama-lama penuh.



• Ada LEBIHAN syiling so kita simpan setiap hari tanpa usik. Kalau kita asyik nak korek sahaja so bila nak penuh tabung tersebut? Lagi cepat penuh tabung itu sekiranya kita tak gatal tangan nak ambil duit dalam itu.

• Buka-buka kira dapat RM 3000. Wow! Terkejut kita dengan duit syiling macam itupun dapat sebanyak itu.

• Sama macam dalam unit trust. Target kita contohnya untuk retirement RM 1Milion dalam 20 tahun so kena kental jangan di usik apa yang kita plan tu. If buat bulanan tu so jangan skip. Kena ada DISIPLIN. Nak senang buat auto debit terus habis cerita.

• Ini tidak, BELUM MATANG dah nak pakai separuh, buat itu dan ini. Dah lari track. Bila cukup tempoh dah tak cukup. So macam mana?

• Disiplin, on track plus accumulated insya allah anda akan senyum kambing memanjang...


wow! Puas hati!
#ahmadsamhan

KELEBIHAN SI PEMALAS




• Pada suatu hari ada satu pertandingan. Dengan menggunakan sehelai kertas para peserta di kehendaki mengolah kertas itu agar sampai kegarisan penamat yang hanya 60 meter. Siapa cepat dialah pemenangnya.

• Mamat yang kreatif ini terus mereka kapal terbang yang hebat dengan kertas tersebut. Tersenyum angkuh dengan kreatifnya beliau.

• Si ulat buku ini pula terpinga-pinga nak buat macam mana sebab buku yang dia baca hanya lah buku akedemik. Belum jumpa lagi bab nak mereka kertas menjadi kapal terbang seperti si kreatif tadi.

• Si pemalas pula dengan selamba muka mengantuknya dan menguap terus mengambil kertas itu gumpal dan baling ke garisan penamat.

Pendek cerita si pemalas tersebut juara pertandingan.
Semua orang ternganga.

• So jangan menghina sangat pada orang malas ni, mereka selalu bergaul melepak, selalu bermain, selalu berehat, ..cuma mereka tak menukar skill mereka ke arah kebaikan.

• Orang malas lebih KREATIF, ada sahaja idea nak mengular dari buat kerja.

• Orang malas CEPAT membuat keputusan. Ada sahaja short cut agar kerjanya siap cepat sebab nak bermalas malasan selepas itu.

• Orang malas lebih DAYA TAHAN dan dah terbiasa dengan orang yang selalu mengatanya.

• Orang malas lebih FOCUS, tak suka banyak-banyak kerja. Kalau boleh satu kerja sahaja nak buat.

• Orang malas lebih tahu akan persekitaran sosial. Sebab selalu melepak bersosial dengan kawan-kawan.

• Orang malas seorang yang ceria sebab tidak suka membaca buku-buku terlalu ilmiah, mereka lebih suka buku-buku santai seperti gila-gila, goku, pedang setiawan.

Ke ada lagi kelebihannya?

TIPS RELEASE TENSION

1) Red Alert:

“Study blue print”, “give me a plan” , “high speed low drag” ini antara ungkapan atau sebutan yang sentiasa di dengari oleh mereka yang pernah bermain dengan game ini. Ada orang nak release tention dengan main game red alert ini.



Katanya dalam game tu penuh dengan STRATERGI untuk memenangkan game. Perlukan KETAJAMAN FIKIRAN dan KREATIF dalam merancang. CEPAT dalam membuat keputusan kerana bakal menentukan kemenangan. Sahabat saya kata membolehkan sel-sel otak bersambung.

2) Komik Pendekar:

Membaca komik pendekar contohnya pendekar laut, dalam alam perwira, mampu memberi inspirasi pada penggemar komik tersebut.

Di sana ada unsur-unsur DAYA TAHAN dan TIDAK BERPUTUS ASA. Gaya-gaya kungfu fighter contohnya hikmah badan titanium,jaringan naga angkasa, tinju maut pendekar laut,tendangan tukul besi dan sebagainya memberikan para pembaca semangat juang yang tinggi di mana semuanya TIDAK MUSTAHIL! Dan YAKIN BOLEH!



3) Makan:

Ada juga if tension dia akan makan, dia makan dia tension. Katanya otak dia akan bergerak aktif sekiranya makan.

Kerana makan memberikannya energi, mengaktifkan sel otak kerana memerlukan pemilihan yang TEPAT, jenis pemakanan yang sesuai, tempat, kalori, khabohidrat, protein dan sebagainya.

Mana tempat makanan yang best semua dia dah redahnya. If silap perkiraan akan jadi PENTERNAK badan yang berjaya.

4) Shopping:

Shopping tidak kurang antara faktor mengurangkan tension seseorang terutamanya perempuan.
Kerana akan mengaktifkan neutron otak dan perasaan untuk MELUPAKAN segala-galanya masalah sehinggakan SUAMI PUN HILANG entah kemana apabila aktiviti shopping sedang rancak dijalankan.

5) Mengkritik:

Ada orang dengan membaca celoteh saya boleh membuatkan dia happy, release tension. Happy kerana entah apa-apa yang di bebelkan olek mamat ni?

Membolehkan ada sahaja idea untuk mengkritik and so on. Itu di namakan MENGKRITIK boleh release kan tension nya.

- Apa pun aktiviti diatas ianya cuma sementara malah munkin hanya beberapa % sahaja dapat menyelesaikan masalah anda. Bangun tidur anda akan suram kembali dek masalah pejabat smakin bertimbun kerana anda bertangguh.

- Untuk menyelesaikan masalah hanya dengan anda kena hadapi dan selesaikan masalah tersebut!

- Settled masalah anda akan happy, boleh baca komik, boleh main game, boleh makan, boleh shopping dan boleh mengkritik orang untuk kebaikan.

- Esok bangun tidur anda akan rasa puas dan bebas.

Selamat bercuti!


Kredit pada gambar Combat Mohd Hafiz
#ahmadsamhan

Sunday 11 February 2018

MELANCONG KE LUAR NEGARA PADA PANDANGAN USAHAWAN


Sekiranya anda berpeluang ke luar negara anda sangat rugi sekiranya tak mengambil peduli akan faedah-faedahnya dan hanya tahu nak relieve tension semata-mata. Alhamdulillah boleh dikatakan setiap tahun saya dapat trip percuma dari Public Mutual. Saya just bawak duit untuk shopping sahaja yang lain di tanggung beres.

1) Mencari idea baru dan peluang

Apabila ke tempat orang para usahawan akan sentiasa mengintai-intai peluang atau idea baru yang boleh mereka bawa pulang nanti untuk boom their business jangan jadi seperti pepatah “seperti katak di bawah tempurung”. Hanya tahu ruang lingkup idea business di tempat kita sahaja.



2) Membuka pintu hati pada benda yang tak di jangka

Pernah tak mendengar orang dibukakan pintu hati untuk bertaubat, berubah, menjadikan seseorang itu turun egonya, insaf, lebih tawadu’ dan rajin apabila berada di tempat orang?


Saya begitu terkesan ketika tahun 2008 ke Vietnam. Pada ketika itu boleh dikatakan zaman Malaysia tahun 70an, serba dhaif. Apa yang menarik ketika itu penduduk mereka sangat rajin tambah dengan sifat mereka yang begitu tolaret, dari berkereta sehingga lah berjalan kaki ada sahaja kerja yang mereka lakukan. Terdetik dihati “Alamak aku ini seorang PEMALAS”. Inilah faedahnya lari sekejap dari comfort zone kita.

3)Berjauhan membuatkan anda sangat appreciate familly & home

Anda akan teringat pada familly anda, tempat tinggal anda dan sahabat handai. If dengan isteri bak kata orang “jauh rindu-rinduan dekat asyik nak bergaduh sahaja”. Kita akan lebih rasa menghargai mereka semua sekiranya kita di timpa kesusahan (bukan minta hanya contoh) ketika itu kita akan ingat pada suami kita yang semuanya serba boleh. Ketika itu juga kita akan teringat sahabat baik kita yang sentiasa membantu ketika kita dilanda kesusahan.



4)Dapat memberi input positif pada orang di sekeliling kita

Adakah anda sedar bahawa ada di sekeliling kita orang yang susah? Maybe adik beradik kita? Sahabat handai kita? Jiran kita? Atau sesiapa sahaja yang kita kenal atau tak kenal. Mereka perlu di bantu! Munkin dengan melancong memberikan idea baru anda pada mereka untuk berniaga. Munkin dengan sedikit idea dari anda dapat mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Contoh di Jepun. Kita tahu orangnya begitu cermat,teliti dan berdisiplin. Jadi barangan mereka cukup terkenal dengan kualitinya walaupun second hand. Di sana ada menjual bag-bag kulit berjenama di lorong-lorong kedai direct dengan owner nya sendiri dengan harga yang begitu murah. Let say disana dijual dengan harga RM 2000 so when balik ke malaysia harganya boleh mencecah RM 14000. Wow!



Inilah peluang anda bagi idea pada mereka. Adakah anda berdengki sekiranya adik beradik sedarah daging anda senang nanti dengan hasil buah fikiran kita? If dengki juga tak tahu la nak cakap macam mana.



Jangan asyik nak penuhkan poket keramat anda sahaja wahai usahawan! Anda lebih daripada itu! Dapat memberi manfaat pada orang lain besar pahalanya di sisi Allah sekiranya anda berniat IKHLAS!

Alamak panjang pula…ada masa kita sambung semula. Selamat melancong.

SENYAP


• Satu tips simpan duit ialah simpan dan senyap. Nampak mudah tapi memerlukan kesabaran yang TINGGI.

• Jangan usik dan diam biar duit itu bercambah seterusnya berbuah menuaikan hasil. Ini kesinambungan dari tulisan saya sebelum ini.

• Bukan senyap terus tanpa cek apa-apa. Ini silap pemahaman.

• Kita ada tanah kebun dan taruh kepercayaan kepada mereka untuk uruskan. Objektif hanya tahu nak mendapatkan hasil sahaja contohnya dalam penanaman nenas.

• Tanpa selidik hasil itu haram atau halal, silap tebang pokok kepunyaan orang di sebabkan melintasi sempadan, ada pokok yang kita sayang contohnya musang king, guna racun tahap macam mana silap-silap tanah menjadi rosak.

• Benda-benda basic kena tahu juga, fund, islamic or not, tempoh, risk, tempoh bertenang, DCA...



• Aaaa dan agent jangan pulak ambil peluang dengan ISU senyap ini. Tanpa inform benda-benda basic sedemikian pada client di sebabkan client tak tanya or tak tahu or client tahu anda ialah agent tersohor seantero dunia just datang cop jari dan isi form terus belah.
So tajuk yang sesuai ialah 'SENYAP BERTEMPAT'.

KENALI DIRI


Emmm....

• Ada orang sekiranya kita PUSH dia, baru akan bergerak dan menunjukkan hasil seperti bola yang melantun tinggi sekiranya di tekan kedalam air. Semakin di tekan semakin kuat lantunannya.

• Ada orang pulak sekiranya kita tekan, dia akan terus TENGGELAM tak timbul-timbul, Bak batu yang di lempar kedalam sungai yang tentunya terus tenggelam tak timbul-timbul.

• Ada orang pulak bak POKOK KELAPA seribu serba guna. Just ajar sikit dia boleh berdikari. Malah boleh melangkau jauh akan potensinya. Ajar A dia boleh olah sehingga B,C,D dan seterusnya, WOW!

• Ada pulak yang SLOW teramat, kena ajar dia satu persatu. Orangnya ada potensi tetapi sentiasa kena bagi motivasi dan galakan. Jika kita terlupa sekejap dia akan tersasar dari landasan.

• Ada juga yang cepat MELENTING sekiranya kita push dia, silap dia terus boikot tak buat kerja yang kita minta. Cukup dengan sekali sahaja kita inform dia insya allah dia akan buat kerjanya. Orang ini just kena bagi “GENTLE REMINDER”.

• Ada orang jenis pantang di CABAR dia akan segera bangkit dan menunjukkan hasil. Kena sebut CABAR tu dengan R panjang…rrrrrrr…biar bergetar baru ada feel. Bak kata pepatah “PANTANG MELAYU DICABARRRRR”.




• Ya! Macam-macam jenis orang ada. Itu lah KEINDAHAN dalam hidup ini yang di cipta Allah. Sesungguhnya ada hikmahNya tersendiri. Bukan sia-sia semua itu. Nampak macam kelemahan tetapi sekiranya di olah dengan betul ianya akan memberi MANFAAT yang tersendiri.

• Cuma adakah dengan kelemahan tersebut anda tidak perlu untuk merubahnya kepada kebaikan? Adakah hanya berpeluk tubuh berserah sahaja kepada takdir? Tidak sama sekali. Allah buat begitu untuk kita fikir dan berubah menjadi LEBIH HEBAT!.

• Kita bertuah kerana ada boss, cikgu, leader yang akan memainkan peranan penting dalam hal ini. Kena mengenal pasti level anak didik, pekerja dan anak buahnya bagi menjamin produktiviti yang optimum. Tetapi sampai bila nak mengharapkan mereka? awal semaian boleh la nak baja dan racun dari makhluk perosak. Selepas dah matang dah boleh dilepaskan untuk menuai hasil.

• Now cuba ubah mind set , kita sendiri yang menerokai siapa kita sebenarnya? Kita ni jenis yang macam mana? Kita pula yang cuba ubah diri kita dengan kelemahan yang ada. Munkin kita ni jenis yang slow dan memerlukan dorongan motivasi dari boss kita so cuba kita sendiri yang cari bahan-bahan motivasi tersebut.

• Ada guru, sahabat, mereka yang memerhati kita merupakan NILAI TAMBAH.

• Ya! Sampai bila anda nak kena guide oleh boss anda? Pokok apabila matang tetapi tidak mendatangkan hasil akan di TEBANG!.


#ahmadsamhan

Wednesday 7 February 2018

SEBAB KITA MISKIN

Sebenarnya agak berat saya nak menulis mengenai hal ini kerana dalam diri saya sendiri masih serba kekurangan dan perlu di perbaiki. Tapi tak apa sebagai peringatan kepada kita semua. Terutama bagi mereka perunding unit trust.


SEBAB KENAPA KITA MISKIN

1) Alasan kerana daya tarikan.
Kita tidak handsome atau cantik menyebabkan kita tidak boleh buat itu dan ini. Alasan kita tidak boleh berjaya dengan kekurangan sifat tersebut. Buang jauh-jauh sifat ini. Anda mesti kenal siapa faunder ALIBABA MR JACK MA. Cuba tengok muka beliau.


2) Alasan tiada duit
Ramai di kalangan orang berjaya bermula dari susah, tiada duit. Mereka berusaha dengan gigih dari tiada apa-apa sehingga mereka berjaya ‘from nothing to something’. Anda tentunya kenal siapa dia SYED MOKHTAR ALBUKHARY. Bermula dari kehidupan yang serba kekurangan. Beliau pernah menjual nasi lemak, menternak lembu kerbau dan tanam sayur.

3) Alasan pelajaran tak tinggi
Ramai dikalangan sahabat saya yang dahulunya pelajaran tak seberapa tetapi sekarang mengalahkan mereka yang pointer hebat. Kerana mereka bangkit. WALTER ELIAS “WALT” DISNEY tak sempat pun menamatkan pelajaran beliau apabila mencecah usia 16 tahun.

4) Alasan kesihatan
Demam sikit sahaja dah tak keluar rumah mencari rezeki. Tetapi boleh pulak pergi mengeteh di kedai mamak. Ataupun sakit berat sikit dah putus asa hanya berserah begitu sahaja dan menyatakan ini adalah takdir. Pernah saya tulis sebelum ini bukan perangai orang islam mereka yang berputus asa. NICK VUJICIC menjadi inspirasi seluruh dunia walupun beliau lahir tanpa kaki dan tangan.

5) Alasan berada dalam linkungan orang miskin
Cuba lihat siapa yang ramai berhijrah ke tempat kita sekarang? Cuba pergi ke KL terutamanya berdekatan area pasar seni dan Mydin pada hari ahad, macam kita bukan di Malaysia lagi. Kenapa begitu? Mereka berhijrah dari tempat miskin beliau untuk berubah menjadi lebih baik. Mambantu keluarga mereka. Anda jangan pula cemburu dan terkejut kerana dengan hasil mereka bekerja di sini membolehkan mereka membina rumah banglo di tempat mereka.

6) Alasan kehidupan dahulu
Dahulunya pernah kaya dan sekarang jatuh miskin. Seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. Kini bergelar penjual sanwich dijalanan.Cuba bayangkan dari seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal sekarang ini menjual sandwich.Jarang orang boleh buat begitu kerana perasaan malu yang begitu menebal.

Orang yang saya maksudkan ialah SIRIVAT VORAVETVUTHIKUN. Sekarang beliau cukup terkenal di seluruh dunia, beliau di temubual oleh syarikat media gergasi seperti CNN, BBC World…
Cukup dahulu dengan 6 ALASAN tersebut.



LAWAN TETAP LAWAN...Wachaaaaaa....

Sunday 4 February 2018

MUNGKIR JANJI


•PELIK! Masa akan menjadi tepat apabila sesuatu itu melibatkan periuk nasi, keuntungan, dapat duit, habuan, dapat BRIM, bonus dan sebagainya.

•Lebih PELIK! Sekiranya ia menjadi main-main atau tak serious sekiranya melibatkan persahabatan, adab, MESYUARAT, JANJI, lebih-lebih lagi yang melibatkan untung rugi masa akhirat yang tentunya memberikan keselamatan dan kerahmatan pada kita semua.

•Lebih PELIK LAGI! Sekiranya kedua-dua yang di atas munkir janji. Untung dunia pun dia buat tak endah especially yang melibatkan duit, untung akhirat pun dia buat tak tau dan berlalu pergi begitu sahaja.

Ya MASA!

•Sudah-sudah la dengan perangai janji melayu ( sedih ungkapan ini dah jadi kebiasaan) cakap jam 9 tetapi datang setengah jam selepas itu. Datang dengan muka selamba tanpa rasa bersalah di sebabkan kelewatan masa.

•Sekurang-kurangnya bagitau akan sampai lewat sedikit baru beradab dan kena caranya.

•Pengalaman yang saya tak boleh lupakan apabila di tegur oleh Murabbi Arwah Ust Yahya Othman. Ketika itu saya kena jemput dia ke suatu program. Janji jam 2 petang saya sampai 2.05 petang. Memang bernanah telinga kena tazkirah bab masa oleh beliau.

•Kali kedua saya kena ambil dia juga untuk ke program, kali ini saya datang awal 5 minit sambil bagi salam di rumah beliau dengan penuh bangga kerana datang awal. Tapi beliau buat tak tahu sahaja. Pun begitu sekali lagi panas telinga kena marah.

•Sharp jam 2 petang, “Anta Samhan! ganggu masa ana tengah membaca buku”, bla-bla….panjang pula kena tazkirah sampai ke tempat program.

•Membuatkan saya serik kena demikian.

•Macam dalam bidang sale ini memerlukan ketepatan masa kerana masa client agak terbatas, jangan terkejut hanya dengan masa anda dapat CLOSE DEAL ON THE SPOT tanpa banyak cakap dan dengan masa juga client akan REJECT anda tanpa alasan lain walaupun product, company dan diri anda hebat.

Siapa yang akan RUGI jikalau masalah pengurusan masa ini telah menjadi HABIT dalam KEHIDUAN anda?

Tiada kaitan dengan gambar ini. Sempat berjumpa dengan sahabat yang sinonim dengan soldier. Silap MASA anda kena TEMBAK!
Ni pun POK YA Con codei jugok dahulu.

Thursday 1 February 2018

UKUR POKET BADAN SENDIRI

Ada new bussines man yang beralasan nak jumpa client perlu tunjukkan kemewahan baru ada confident level yang cukup tinggi. Perlu pakai kereta yang hebat so sudahnya tak buat sale or tak buat kerja kerana hanya ada motor cabuk sahaja.

Asalnya nak work smart yang mana kos di ambil kira. Di sebabkan nak menampakkan imej poket tebal kononnya mampu close deal akhirnya terjerat dengan tipu daya iblis membuatkan merana di tepi longkang.

Kita akan cepat frust when hasil tak padan dengan lakonan kita. Yer la duit habis, masa terbuang, kerja bagai nak rak dan letih bagai nak pengsan.

So hilang la objective nak jimat dan mencari second income.

Tiada alasan la...orang rilek jer naik bas turun bas, merempit kesana kemari dapat close deal dan besar pulak tu. Aaaa yang ni kena belajar sebab ada cara dan ilmunya.
So berhenti berlakon!

Yang mana ada kurang pada diri, betulkannya.
Yang mana dah ok,
cantikkannya.



Gambar:
Minggu ni dengan kuda tempur kerana my Ferrari di kampung masuk ward. Tak ada masalah pun dan dapat close deal dengan client. Ada Sentimental value dengan kuda tempur saya ni. Jangan terkejut kerana dah close juta-juta dengan jentera ini.


Saya memerlukan yang suka merempit yang nak belajar mencilok, layan corner baring sambil dapat selesaikan hal kewangannya. Janji DENGAR KATA dan SANGGUP BERUBAH!

Ahmad Samhan
019-388698