Tuesday 17 April 2018

CONSULTANT UNIT AMANAH SUATU IBADAH?



Berbeza dengan unit amanah suatu perniagaan @ suatu kekayaan.
Apabila ia suatu ibadah akan melibatkan hubungan hamba dengan penciptanya Allah.
Di sana akan berkait rapat dengan dosa dan pahala
Alangkah cantiknya segala perbuatan kita dalam urusan perniagaan ini jika suatu ibadah
Tidakkah ia mendapat pahala hanya dengan niat ibadah?


Kita tidak akan menipu pelanggan apabila ianya suatu ibadah
Di sana ia akan membaiki akhlak kita untuk menjadi terbaik
Consultant akan memberikan pencerahan dengan seberapa detail berkenaan unit trust
No hidden fact and concept about unit trust

Dalam diri consultant pula akan ada rasa tanggungjawab untuk ke kelas mencari ilmu
Kerana ilmu amat penting kerana kita diamanahkan untuk menjaga duit client
Tiada lagi istilah ponteng kelas atau malas mencari ilmu kerana itu adalah tanggungjawab kita terhadap client

Dalam perjalanan merempuh pelbagai onak duri dalam business kita tidak akan mudah berputus asa
Kerana berputus asa bukan sifat seorang islam.
Kita akan terus yakin dengan allah
Kita akan terus tabah dengan ujian allah
Munkin untuk memberikan kita kekuatan
Munkin untuk meningkatkan iman kita
Munkin ada rahmatnya tersendiri yang kita belum nampak
Percayalah!

Allah itu maha adil! Yakinlah! Siapa berusaha dia pasti berjaya!
Semoga apabila kita menjadi kaya iaitu orang kaya yang bertaqwa
Semoga sekiranya kita di uji dengan kemiskinan kita akan ingat Allah
Alangkah takutnya when kita berniat nak kaya semata-mata tetapi allah datangkan pelbagai masalah
Kaya tetapi keluarga kacau bilau
Kaya tetapi ada skandal
Kaya tetapi akhlak buruk
Kaya tetapi lupa diri.

Semoga Allah lorongkan kita pada jalan yang betul apabila kita berniat ikhlas padaNya
Menjadi seorang berjaya tidak angkuh dan bongkak
Menjadi seorang kaya beriman dan bertaqwa
Menjadi seorang consultant yang jujur dan amanah serta berakhlak