Tuesday 15 May 2018

TRIP PUBLIC MUTUAL-MOSCOW & SAINT PETERSBURG



Tahun ini berpeluang ke Moscow dan Saint Petersburg. Trip percuma dari Public Mutual. Mendapat pengalaman yang cukup manis dan berharga.

Seni bina bangunan yang cantik, udara yang segar dan nyaman, tempat yang bersih, orangnya juga tampan dan cantik.

Di kelilingi pula dengan orang-orang hebat yang terpilih dalam Public Mutual cukup rasa diri ini kerdil di kalangan mereka.



Inilah kelebihannya apabila kita keluar kawasan mencari pengalaman, kita dapat melihat kehebatan tuhan yang Maha Pencipta.

Di beri peluang untuk melawat tempat orang biasa-biasa sehingga ke tempat yang high end status sehingga tengok barang pun mampu terbeliak mata dengan nilai barangannya.



Disana macam biasa akan terkeluar dari bibir-bibir sahabat macam-macam comparison dengan negara itu dan ini. Makanan sana dan sini. Kecantikan sana dan sini. Apapun perbezan ianya memberikan pelbagai ilmu dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan dollar and cent.


Emmm berjalan dah, election pun dah habis tunggu Ramadhan sahaja datang tak sampai beberapa hari lagi. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, berikan kekuatan untuk bersama tetamu Allah yang mulia iaitu RAMADHAN AL MUBARAK.