Saturday 14 July 2018

Kepentingan pengeluaran/hasil/untung




Kenapa anda perlu cari second income? Kenapa perlukan duit yang banyak?
Macam-macam jawapan. Nak melancong, nak menikah, nak beli itu dan ini, nak kaya.

Ada beberapa perkara yang kita kena fikir bukan hanya tahu nak memuaskan kehendak kita sahaja malah lebih jauh lagi.

1) Keperluan sendiri secara sederhana
Munkin untuk syukur pada nikmat, kita upgrade sedikit kehidupan kita pada yang lebih selesa. Termasuk tempat tinggal, kenderaan, pakaian.

2) Keperluan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
Apabila dapat lebih sikit jangan di lupa orang di bawah jagaan kita, anak bini.

3) Menyediakan keperluan yang akan datang.
Ramai orang yang tak concern perkara ini. Dapat aja duit banyak terus belanja bagai nak rak.
Maybe akan datang keluarga kita akan bertambah, anak-anak akan masuk university, nak pergi Haji, peningkatan kos di luar jangka dan sebagainya yang munkin terjadi di masa hadapan.

4) Bekalan pada keluarga apabila ketiadaannya.
Kita mencari duit seolah-olah tiada istilah akan mati sehingga terlupa apakah bekalan yang di tinggalkan selepas ketiadaan kita. HUTANG? LIABILITY? SENGSARA?

Prepare sedikit duit untuk beli Takaful, Wasiat, saving, harta.
Orang dulu-dulu if tanya kenapa tanam itu dan ini di kebun sedangkan hasilnya munkin beliau dah tiada di dunia ini. Depa cakap untuk anak cucu. Now tengok la musim durian contonya. Kita boleh merasa.

5) Perkhidmatan sosial serta sumbangan di jalan Allah.
Zakat, sedekah, wakaf contohnya.
Saya tertarik dengan sahabat saya ini apabila di tanya kenapa beliau suka membeli hartanah di KL? Antara targetnya nak wakafkan hartanya itu untuk Islam, pahala baginnya berpanjangan apabila beliau tiada nanti.