Sunday 18 August 2019

MUSANG KING vs UNIT TRUST


Terbaca tulisan sahabat saya analoginya unit trust dengan tanam durian. Very interesting.
.
Sikap mencuba dahulu dengan menanam SEBATANG pokok durian musang king, Lepas menjadi baru tanam lagi.


Terlepas opportunity orang buat untung dah lama. Kita terhegeh-hegeh baru nak mula, ambil masa sekali lagi untuk tanam balik.

Di sebabkan mendengar penganalisis durian bukan penanam durian.
Pengulas bola tak sama dengan pemain bola.
Pandai cakap belum tentu dia pandai main bola.

Tanam durian bukannya biar pokok tersebut menjalar mencari baja sendiri,
Bukannya biar pokok tersebut menepis segala musuh secara alami.
Ia perlu di baja, perlu di siram apabila kemarau, perlu di tebas musuh keliling nanti di belit mati.

Juga unit trust bukan dibiarkan sahaja begitu berharap agar semuanya cantik.
Lain zaman lain caranya,
Lain objektif lain kaedah mengurusnya pula,

Musim kemarau kita siram air dan baja,
Kena kulat carilah racun kulat,
Jarak antara pokok pun ada sifirnya,

Faham ke tak faham?
Carilah consultant yang berpengalaman dan berilmu.
Selamat Melabur.
.
.

Tuesday 13 August 2019

KESILAPAN BESAR





Kesilapan paling besar kewangan ialah TAK MENGAKU yang kita sedang buat silap.

Just proceed dengan kesilapan tersebut.

Kereta besar, rumah besar, enjoy sana sini, beli benda yang tak di perlukan, tiada niat nak saving, macam-macam lagi.

Banyak benda yang mencederakan simpanan kita. Terutamanya di bawah keupayaan kita.

#blakepare.com

Tuesday 6 August 2019

TAKAFUL





Ketika menjadi penunggu setia pada anak kesayangan warded di hospital, Adik datang melawat.
Adik saya tanya susahkah buat business Public Mutual pada awal penglibatan dahulu?
.
.
Saya bagitau struggle juga la sebab saya ini masih muda masa itu, tiada ramai kenalan yang berusia 35 tahun keatas kerana syarat dahulu agak tinggi if mereka yang nak melabur guna epf.
.
.
Nak target kawan-kawan ketika itu mana nak dapat cash walaupun minimum hanya RM 1000 apatah lagi nak guna epf for investment.Tambah pula saya mana ada pengalaman business consultant ini.

So saya gunakan kesusahan tersebut tukar pada opportunities.
Duk sibuk fikir yang kita kenal sahaja sedangkan strangers melimpah ruah di luar sana.
So I take the challenge.
.
.
Dalam cerita panjang lebar itu saya tanya tak minat business TAKAFUL? Cuba lihat sekitar hospital tadi bangsa mana yang ramai?Mana pergi orang bangsa kita? ke mereka kebal tak sakit?
.
.
So peluang masih banyak dalam business takaful ini. Kena jumpa bagi explaination pada mereka agar mereka faham tentang kepentingan TAKAFUL.
.
.
Kereta ada tayar spare tak kan lah kita manusia tak ada preparation untuk sakit dan demam? lebih-lebih lagi kalau bagi kesan pada simpanan kita.Keretapun ada insurans/takaful inikan pula diri kita.
Itu antara ayat-ayat famous TAKAFUL.
Nampak terus depan mata(adik saya) contoh business yang ada.
.
.
Apa-apa business yang banyak melibatkan manusia disitu ada peluang. Peluang kita belajar kesabaran, kecekalan, perangai manusia dengan segala perubahan yang berlaku. Kebijaksanaan dalam mengawal emosi dan bermacam-macam lagi if kita direct involve dengan manusia.
.
.
Itu antara our conversation masa di Hospital Sunway baru-baru ini. Anak saya warded kena virus.
.
.
Best tak dapat masuk hospital yang tak perlu menunggu lama? Bilik selesa dan tak kongsi dengan orang lain.
Best tak if masuk hospital tak perlu kena initial deposit or Cashless.
.
.
Lagi best if tiada co insurance so all expenses covered by TAKAFUL COMPANY.
Saya tahu jawapannya better jangan sakit dan masuk hospital
.
.
Nak semua itu so kena study sikit kerana macam-macam TAKAFUL ada di luar sana.
.
.
Tak kena memang tak rasa. Kalau kena kos hospital dekat dengan RM 8k ini mau keluar biji mata.
.
.
Mahu effect saving kita nanti.
Ehem..saya bukan agent TAKAFUL tetapi saya ada ramai sahabat yang buat TAKAFUL.
.
.
Alhamdulillah, anak discharge today.
.
.
Siapa yang nak guna my testimonial ini especially my agent so silakan untuk kebaikan orang di luar sana.


#tiadatakafulinsuransuntukmulutlaser

CONSULTANT BERIMAN


Satu perkembangan yang sihat saya lihat sekarang dalam industri jualan dan perkhidmatan di sini.
Ini berdasarkan apa yang saya jumpa dan direct deal dengan saya.

Kalau sebelum ini banyak yang saya jumpa hanya tahu nak jual dan dapat duit. Nampak sangat duit ialah main course.

Siap paksa dan ugut lagi tanpa menghiraukan sensitiviti client.

Bukan saya bermaksud benda ini dah totally tiada.


Perkembangan yang sihat yang saya fokuskan di sini ialah mereka memberi perkhidmatan dan nasihat yang bagus, di samping educate client.

Soal selidik dahulu dan faham akan masalah, kehendak dan kemahuan pelanggan and then bagi solution.

Bagi nasihat yang betul dengan ikhlas. Beri penjelasan tanpa ada hiden kos dan agenda.

Kerana mereka bukan nak buat short term business. Mereka nak nama mereka harum dan kekal lama dalam industri.

Paling best sekiranya mereka bukan sahaja as a consultant tetapi seorang CONSULTANT YANG BERIMAN.

Mereka tahu halal haram.

Sungguhpun objective akan tercapai tetapi mereka ada had dan pengukur sesuatu perkara itu boleh atau tidak dalam agama.

Sebagaimana saya deal dengan peniaga lembu untuk dijadikan IBADAH QURBAN.
Katanya ada yang jual lembu yang tak cukup umur, sungguhpun sedap mata memandang tetapi sayang syarat tak lepas. Disebabkan jahil tang ilmu agama.

Nak buat loan alhamdulillah lepas, sekali terjebak pula dengan non shariah compliance.

Sebab itu amat berguna dan penting if kamu seorang consultant yang beriman.

Tanggungjawab kamu besar kepada masyarakat.
Kerana kamu bakal memberikan faedah pada mereka, bukan sahaja namamu mekar di dunia malah menjadi sinar di akhirat sana.

Insya Allah. Amin.


#pakimamlagisukapadaconsultantyangberiman

KENA BELAJAR


Semua salesman akan ceritakan kepentingan produk mereka, janji sale deal dan dapat duit.

Orang insurans akan kata product mereka bagus. Income protected dan keluarga terjamin.

Penjual kereta akan kata penting ada kereta untuk kesana kemari, nampak gah pada bakal isteri dan bakal mertua.

Salesman rumah akan promote masa ini adalah terbaik untuk beli rumah, interest rendah, bank senang approve, government subsidy dan masa muda adalah masa terbaik untuk beli rumah.

Tak lupa juga salesman unit amanah akan promote product mereka adalah yang terbaik, can fight inflation and so on.

Beza dengan CONSULTANT, mereka akan bagi nasihat yang terbaik berdasarkan keperluan, kepentingan, priority dan kemampuan pelanggan mereka. Bukan sales deal semata-mata seperti salesman.

Apa-apa pun itu duit anda. Anda yang memberi keputusan.

If semua duit di letak atau dihabiskan dalam membayar kereta di sebabkan beli kereta tak ikut kemampuan so dia akan terlepas untuk menyimpan, membeli rumah, protection dan investment.


Kena diversify duit, don't putt all your eggs in one basket bahasa finance nya. Nak diversify macam mana? Kena ada ilmu untuk diversify, pi belajar tambah ilmu, baca buku, hadir seminar.
Silap diversify jumpalah skim cepat kaya.

#Pak imam suka kalau kita pandai merancang kewangan.

KOS SARA HIDUP SEMAKIN NAIK


Kalau dahulu Kita boleh beli kopi o hanya dengan 50 sen tetapi sekarang dah capai RM 1.
Kalau dahulu kita pergi kedai bawak RM 50 macam-macam kita boleh beli barang dapur tetapi sekarang celah gigi sahaja dengan duit macam itu.




Semua Mahal! Mahal! Mahal! Mahal!

Tiada guna jika kita hanya merungut guling-guling tunjuk perasaan. Kita kena cari solution baru Allah tunjuk jalan.

Nak berhutang? memang seronok if muka tebal macam kamus Oxford. Lepas itu beban hutang menimbun, kawan dan saudara mara semua akan lari pasal kamu muka berhutang.

Kena cari income tambahan dah kerja hakiki cukup-cukup makan. Baru kamu jadi orang yang di pandang tinggi di sisi tuhan. Yang penting halalan toyyiban.

Tambah income tak guna juga sekiranya belanja macam hantu raya. Kena cek balik perbelanjaan kita. Rupanya ROKOK punca utama belanja naik.

Harga untuk sekotak(20 batang) RM 17. Seminggu dah RM 119. Sebulan dah RM 510 wow!...itu baru sekotak rokok.


Lelaki hensem gila if tak merokok.