Tuesday 6 August 2019

CONSULTANT BERIMAN


Satu perkembangan yang sihat saya lihat sekarang dalam industri jualan dan perkhidmatan di sini.
Ini berdasarkan apa yang saya jumpa dan direct deal dengan saya.

Kalau sebelum ini banyak yang saya jumpa hanya tahu nak jual dan dapat duit. Nampak sangat duit ialah main course.

Siap paksa dan ugut lagi tanpa menghiraukan sensitiviti client.

Bukan saya bermaksud benda ini dah totally tiada.


Perkembangan yang sihat yang saya fokuskan di sini ialah mereka memberi perkhidmatan dan nasihat yang bagus, di samping educate client.

Soal selidik dahulu dan faham akan masalah, kehendak dan kemahuan pelanggan and then bagi solution.

Bagi nasihat yang betul dengan ikhlas. Beri penjelasan tanpa ada hiden kos dan agenda.

Kerana mereka bukan nak buat short term business. Mereka nak nama mereka harum dan kekal lama dalam industri.

Paling best sekiranya mereka bukan sahaja as a consultant tetapi seorang CONSULTANT YANG BERIMAN.

Mereka tahu halal haram.

Sungguhpun objective akan tercapai tetapi mereka ada had dan pengukur sesuatu perkara itu boleh atau tidak dalam agama.

Sebagaimana saya deal dengan peniaga lembu untuk dijadikan IBADAH QURBAN.
Katanya ada yang jual lembu yang tak cukup umur, sungguhpun sedap mata memandang tetapi sayang syarat tak lepas. Disebabkan jahil tang ilmu agama.

Nak buat loan alhamdulillah lepas, sekali terjebak pula dengan non shariah compliance.

Sebab itu amat berguna dan penting if kamu seorang consultant yang beriman.

Tanggungjawab kamu besar kepada masyarakat.
Kerana kamu bakal memberikan faedah pada mereka, bukan sahaja namamu mekar di dunia malah menjadi sinar di akhirat sana.

Insya Allah. Amin.


#pakimamlagisukapadaconsultantyangberiman

No comments:

Post a Comment