- Kesilapan consultant adalah tidak
memberikan maklumat yang betul pada pelanggan. Takut nak cerita
berkenaan cas perkhidmatan, pelaburan jangka masa panjang, takut nak
cerita pasaran jatuh dan yang paling teruk MENIPU pulak pelanggan kerana
nak kejar SALE.
- Kebiasaan yang saya jumpa ialah mereka yang MASIH BARU
dapat lesen UNIT TRUST.
- Percayalah sekiranya anda buat
sebagaimana yang saya sebut tadi maka anda tidak akan lama berada dalam
industri ini bahkan dalam mana-mana perniagaan juga.
- Kerana KEPERCAYAAN
PELANGGAN adalah menjadi keutamaan.
- Sebelum
saya memutuskan untuk full-time dalam business ini, saya discus panjang
dengan my wife. Yer keputusan berani mati untuk full-time!.
- Kami
ambil masa selama 6 bulan untuk berfikir dan berdoa pada Allah untuk
betul-betul memastikan bahawa tindakan kami adalah tepat!. Solat hajat
dan solat istikharah bersama munajat padaNya. Terpaksa kami rahsiakan
pada SEMUA terutama ibu bapa bagi mengelakkan mereka risau.
- Pasangan
anda perlu tahu selok belok business yang kita buat. Ada kalanya jumpa
dengan client perempuan, kena outstation, keluar malam, pasang surut
business and so on.
- Saya pernah bawak my wife untuk merasa
sendiri pengalaman susah senang kerjaya saya ini. Sempat la merempit
bersama pada hujung minggu buat listing. Senyum memanjang if ingat balik
pengalaman tersebut.
- Ramai orang memandang remeh bab ini at
the end timbul macam-macam masalah dalam keluarga. Sehinggakan ada
sampai bercerai. Cuba bayangkan if benda macam ini berlaku dalam
kehidupan anda.