Sunday 11 February 2018

SENYAP


• Satu tips simpan duit ialah simpan dan senyap. Nampak mudah tapi memerlukan kesabaran yang TINGGI.

• Jangan usik dan diam biar duit itu bercambah seterusnya berbuah menuaikan hasil. Ini kesinambungan dari tulisan saya sebelum ini.

• Bukan senyap terus tanpa cek apa-apa. Ini silap pemahaman.

• Kita ada tanah kebun dan taruh kepercayaan kepada mereka untuk uruskan. Objektif hanya tahu nak mendapatkan hasil sahaja contohnya dalam penanaman nenas.

• Tanpa selidik hasil itu haram atau halal, silap tebang pokok kepunyaan orang di sebabkan melintasi sempadan, ada pokok yang kita sayang contohnya musang king, guna racun tahap macam mana silap-silap tanah menjadi rosak.

• Benda-benda basic kena tahu juga, fund, islamic or not, tempoh, risk, tempoh bertenang, DCA...



• Aaaa dan agent jangan pulak ambil peluang dengan ISU senyap ini. Tanpa inform benda-benda basic sedemikian pada client di sebabkan client tak tanya or tak tahu or client tahu anda ialah agent tersohor seantero dunia just datang cop jari dan isi form terus belah.
So tajuk yang sesuai ialah 'SENYAP BERTEMPAT'.

No comments:

Post a Comment