Sunday 22 September 2019

HIDUP PENUH TEKA TEKI




Kita beranggapan tak apa sekarang kita tak perlu menabung nanti gaji besar kita start menabung. Rupanya makin besar gaji makin liat nak menabung.
.
.
Tak apa nanti kawin kita akan start belajar baca Al quran. Rupanya sampai anak lima pun masih tak pandai baca Al quran. Malu pada anak yang masuk pasti dah pandai macam-macam doa dan ayat Al quran.
.
.
Muda-muda ini kita enjoy nanti tua kita taubat. Rupanya mati tak kenal usia, tak sampai setengah abad dah dijemput batu nisan.
.
.
Market rendah dan teruk ini kita jangan melabur nanti rugi. Ai await terbalik pula hang ni masa rendah la orang melabur when dah tinggi meroket cantik hang kata harga mahal pula. So sampai sudah tak melabur.
.
.
Kita beranggapan anak kita besar nanti akan jaga kita so tak perlu plan untuk kita pencen nanti sebab duit anak dah ada. Apa hang ingat boleh jamin ke zaman mereka nanti semua indah belaka? silap haribulan lebih susah dari kita.
.
.
Tak apa PTPTN kan ada untuk pelajaran anak kita masuk universiti, banyak cantik ingat PTPTN sampai kiamat ada? Kalau PTPTN di mansuhkan macam mana?
.
.
Kita menyewa sahaja sebab beli rumah mahal nanti murah kita beli. Hampa tak tahu ka fixed asset ini sentiasa menaik? jika 10 tahun dahulu harga around RM 40k  untuk apartment kos rendah now dah reach RM 200k.
.
.
Masa kita muda ini tak perlu cari ilmu or peluang berniaga sebab kita dah ada gaji. Pencen nanti kita start berniaga. Tahukah anda semua berapa ramai yang gagal berniaga lepas pencen sebab tak ready?
.
.
Tak apa if meninggal nanti faraid kan ada so tak perlukan wasiat bagai. Hampa tak tahu nanti akan menyusahkan semua waris hang pi sana sini untuk selesaikan every single sen harta hang nanti.
.
.
Jangan tunggu gaji besar baru nak sedekah or derma. Do it now sehingga gaji kita besar.
.
.
Duk berteka teki nak Mira ka nak Aishah? perempuan tak suka la lelaki acuh tak acuh tak ada pendirian. Buat istikharah tekadkan hati pilih 1 untuk jadikan isteri.
.
.
Jangan berteka teki if nak belajar al quran, menabung, melabur, berniaga, beli rumah, derma, kahwin, tentang usia and so on.
.
.
Tetapkan matlamat hidup, bulatkan hati, binalah tabung sendiri and move forward. Baru hensem bergaya dan cantik menawan.

#janganacuhtakacuh
#jangansilapinfo
#carimerekayangpakar
#tentukanmatlamathidup