Friday 16 February 2018

TIPS RELEASE TENSION

1) Red Alert:

“Study blue print”, “give me a plan” , “high speed low drag” ini antara ungkapan atau sebutan yang sentiasa di dengari oleh mereka yang pernah bermain dengan game ini. Ada orang nak release tention dengan main game red alert ini.



Katanya dalam game tu penuh dengan STRATERGI untuk memenangkan game. Perlukan KETAJAMAN FIKIRAN dan KREATIF dalam merancang. CEPAT dalam membuat keputusan kerana bakal menentukan kemenangan. Sahabat saya kata membolehkan sel-sel otak bersambung.

2) Komik Pendekar:

Membaca komik pendekar contohnya pendekar laut, dalam alam perwira, mampu memberi inspirasi pada penggemar komik tersebut.

Di sana ada unsur-unsur DAYA TAHAN dan TIDAK BERPUTUS ASA. Gaya-gaya kungfu fighter contohnya hikmah badan titanium,jaringan naga angkasa, tinju maut pendekar laut,tendangan tukul besi dan sebagainya memberikan para pembaca semangat juang yang tinggi di mana semuanya TIDAK MUSTAHIL! Dan YAKIN BOLEH!



3) Makan:

Ada juga if tension dia akan makan, dia makan dia tension. Katanya otak dia akan bergerak aktif sekiranya makan.

Kerana makan memberikannya energi, mengaktifkan sel otak kerana memerlukan pemilihan yang TEPAT, jenis pemakanan yang sesuai, tempat, kalori, khabohidrat, protein dan sebagainya.

Mana tempat makanan yang best semua dia dah redahnya. If silap perkiraan akan jadi PENTERNAK badan yang berjaya.

4) Shopping:

Shopping tidak kurang antara faktor mengurangkan tension seseorang terutamanya perempuan.
Kerana akan mengaktifkan neutron otak dan perasaan untuk MELUPAKAN segala-galanya masalah sehinggakan SUAMI PUN HILANG entah kemana apabila aktiviti shopping sedang rancak dijalankan.

5) Mengkritik:

Ada orang dengan membaca celoteh saya boleh membuatkan dia happy, release tension. Happy kerana entah apa-apa yang di bebelkan olek mamat ni?

Membolehkan ada sahaja idea untuk mengkritik and so on. Itu di namakan MENGKRITIK boleh release kan tension nya.

- Apa pun aktiviti diatas ianya cuma sementara malah munkin hanya beberapa % sahaja dapat menyelesaikan masalah anda. Bangun tidur anda akan suram kembali dek masalah pejabat smakin bertimbun kerana anda bertangguh.

- Untuk menyelesaikan masalah hanya dengan anda kena hadapi dan selesaikan masalah tersebut!

- Settled masalah anda akan happy, boleh baca komik, boleh main game, boleh makan, boleh shopping dan boleh mengkritik orang untuk kebaikan.

- Esok bangun tidur anda akan rasa puas dan bebas.

Selamat bercuti!


Kredit pada gambar Combat Mohd Hafiz
#ahmadsamhan

No comments:

Post a Comment