Wednesday 28 February 2018

PERAK DAN EMAS


• Seseorang yang sibuk dengan BANGUNAN PERAK yang besar biasanya tidak akan mempedulikan BATU-BATU EMAS yang berselerakan di jalanan.


• Sibuk dengan nak kerja di multinational company sehingga melepaskan peluang yang begitu besar berada di sekelilingnya.

• Katanya hidup lebih terjamin dan bergaji besar walaupun sebenarnya belum tentu dapat. Dengan sebab itu menunggu dan terus menunggu jawapan penerimaan dari majikan tersebut tanpa sedikit pun memandang kerja-kerja lain.

• Begitu juga seorang consultant begitu teruja kononnya ada client nak invest RM 1 Juta dengannya, sedangkan belum tentu lagi rezekinya. If dah ada cheque di tangan baru boleh sembang.

• Angan-angan punya pasal sehingga pandang rendah pada investment kecil yang tentunya nak invest dengannya. Jadi terus menunggu cheque yang berjuta tadi tanpa berbuat apa-apa katanya komisen sahaja dah cukup untuk hidup setahun. At the end orang itu tak jadi invest.

• Buang masa, buang duit, buang peluang, buang segala-galanya.

• Begitu juga yang dah ada lesen unit trust pandang sebelah mata sahaja kerana kerja beliau sekarang dah cukup hebat. Tiba-tiba tersungkur di tengah jalan kerana zaman VSS. Masa itu barulah buka mata.

Hargailah PELUANG YANG ALLAH BERIKAN

No comments:

Post a Comment