Monday 6 July 2020

KEJAYAAN

• Ada pelbagai pandangan berkenaan KEJAYAAN.
• Ada orang ukur kejayaan dengan banyaknya DUIT dan HARTA yang di kumpul. Berkereta besar, rumah besar, pakaian berjenama, bag berjenama dan sewaktu dengannya.

• Seorang leader rasa berjaya apabila boleh bentuk seseorang itu sehingga hidup senang walaupun orang yang di bentuknya itu lebih kaya darinya.

• Petani akan berbangga dan rasa puas dengan kejayaan TANAMANNYA mengeluarkan hasil.
• Accountant rasa melayang-layang puas hati apabila dapat MENGIMBANGKAN akaun yang tak balance.

• Orang belajar alquran rasa berjaya apabila sebutan huruf, tajwid dan lahjah bahasa arabnya betul.
• Pemain bola sepak rasa berjaya sekiranya MENGALAHKAN lawannya.
• Ajk surau rasa berjaya sekiranya perkhidmatan mereka, memberi KESELESAAN pada para jemaah walaupun tidak bergaji.

• Amil zakat rasa berjaya kalau dapat TOLONG ORANG susah walaupun dirinya pun bukanlah senang.
• Tukang masak rasa berjaya kalau makanan yang dimasaknya SEDAP menjilat jari.
• Ada orang rasa berjaya apabila hidupnya TENANG tak serabut. Family bahagia.

• Tak kurang juga yang rasa berjaya sekiranya setiap hari dapat MENGATA orang.
• Rasa berjaya apabila dapat sebar BERITA FITNAH.
• Dapat LAGA-LAGAKAN orang suatu kejayaan yang penuh nikmat.

• Tulisan caci maki, mengherdik dah menjadi tabiat.
• Dapat berbahas berhujjah walaupun ternyata dirinya silap.
• Dah persis perangai SETAN pun ada
Wanauzubillah...

• Emmm..macam-macam rupanya takrif kejayaan di mata masyarakat. Jangan fikir kejayaan hanya pada nilai mata wang ringgit semata-mata.

• Di harap kejayaan yang kita impikan tersebut memberi manfaat pada semua dan pahala pada diri kita. Amin.

Tazkirah

BabaAnis ®
#takrifkejayaan
#beringat
#dosapahala

DENGAR NASIHAT PAKAR BUKAN DENGAN NASIHAT FB

Rezeki jangan di tolak. Antara contoh orang melawan arus dan dengar nasihat consultant.
Bukan dengar dari nasihat FB yang bukan bidangnya.

Client takut-takut hari tu sebab macam-macam berita dan pandangan dia dengar dan baca. Tapi semuanya bukan dari CONSULTAN UNIT TRUST.

Hampir nak terima advice yang SALAH iaitu JUAL KETIKA MARKET RENDAH.

Masa orang viral market crash & so on so ni buktinya.


Invest bulan Mac to 29 June 2020 dah net profit 24% to 25%. Alhamdulillah rezeki beliau.
Saya tumpang gembira.

#dengarnasihatyangbetul
#lempardakyahyangmenyimpang
#unittrustpublicmutual
#IslamicFund

KERJA OH KERJA


• Owh bestnya di tempat kerja baru, tak sama tempat saya bekerja dahulu.

• Tempat kerja lama masa kita di catur oleh orang lain kita tiada life.

• Hari minggu pun mereka kacau kita untuk buat kerja.

• Kalau 5.30 petang dah terpacak di punch card siap kena perli, eh dah nak balik ke?

• Macam-macam job kena buat hatta tak ubah macam buruh binaan. Ya la kita paling muda gagah perkasa pulak tu.

• Nak claim OT kena bersilat bagai itu pun siap kena potong lagi, berkira.

• Penat jangan cerita la yang tak tahan kena maki pula dengan boss walaupun kesilapan kecil dan tak lojik akal di buatnya.
Bla, bla, bla,...


• Ya kawan benda-benda macam ini selalu kita dengar when pindah kerja di tempat baru.

• Banyak benda kita compare dan mengeluh. Tapi sedar tak semua itu percaturan Allah terhadap kita.

• Dengan sebab kerja dahulu kita lebih kuat, lebih berpengalaman, lebih sabar, lebih hebat, macam-macam kita dapat belajar.

• Ia memudahkan perjalanan kita di tempat baru. Banyak yang kita dapat belajar di tempat lama kalau kita flash back.

• Di tempat baru, kita akan ada ujian lain pula dariNya itu normal. Kita kena istighfar dan bersyukur kepadaNya.

• Semoga kerja anda di berkatiNya.

Selamat bekerja.

BabaAnis ®

#ujianbekerja
#jiwakental
#janganjiwakacau
#ejasbiarcantik
#ingatsiapabagirezeki

Sunday 28 June 2020

AMBIL BALDI TELANGKUP MUKA



• Jika kita tahu tabungan kita belum mencapai sasaran lagi, jadi berusahalah sekarang untuk penuhi tabungan kita.

• Lain orang lain caranya. Ada tabung simpanan, kecemasan, kematian, medical, percutian, beli rumah, pendidikan, perkahwinan, cukai, zakat dan sebagainya.

• Kalau gaji kita kecil jadi rancang sekarang macam mana nak tambahkan pendapatan bagi memenuhi tuntutan tabung-tabung tadi.

• Gaji besar pun tapi tabung masih tiris tiba-tiba pula kena di berhentikan kerja , duit kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan tiada so kena do something. Lagi besar gaji lagi besar keraknya pula.

• Ada yang dapat buat OT, jual buah durian, jual nenas, kropok lekor, ternak kambing, grab car, part time financial services macam unit trust@ takaful, jual di pasar malam dan banyak lagi.

• Yang menjadi masalahnya SIFAT MALU yang menebal dan UNGKAPAN "NANTI APA ORANG KATA?".

• Eh malu la aku, apa kerlas executive lepasan universiti@ manager di tempat kerja jual buah tepi jalan. Nanti apa pula orang kata pada kita.

• Ambil baldi telangkup muka dah malu sangat.

• Kalau berkenan pada gadis tapi malu dan fikir apa orang akan kata memang terlopong BERPUTIH MATA.

BabaAnis ®

#malutakbertempat
#tabung
#persediaan
#zamannormabaharu

Sunday 21 June 2020

SILA RUJUK PADA AHLINYA

Semalam jumpa seorang client. Membawang sekejap katanya member dia (yang merupakan my client juga) nasib baik tak jual investment dia ketika market drop hari itu.

Member dia siap bagitahu tak nak jumpa saya dan tekad nak jual pelaburan dia kerana terkejut dengan online epx yang dah boleh view investment beliau dengan company unit trust(dah bermula sejak ogos 2019 lagi).

Dia ada bagitahu minta jumpa saya untuk explain detail takut silap faham nanti dengan apa yang dia faham dengan online epx tersebut.

Alhamdulillah di pendekkan cerita saya berjaya jumpa dan memang dia tersilap faham.
Dan sekarang dua-dua client saya ini tersenyum simpul sebabnya stratergi yang kami bincang membuahkan hasil.


*Chart di bawah menunjukkan simple return 22.81% dari Mac to awal jun 2020 PIALEF Fund.

Saya tanyala client saya ini. Apa yang puan ingat ketika saya explain waktu market rendah hari itu?
Dia teringat cerita saya ketika ekonomi gawat 2008. Bagaimana saya ejas agar jadi cantik menawan.

Semua ini adalah berkat dari semua. Saya selalu minta agar para client doakan juga agar untung bergaya.

Doa itu penting sebab semua benda datang dariNya. Kita berusaha sahaja. Yang menentukan dan mengizinkan adalah dariNya.


#kenabelajar
#asahskill
#janganlupadoa

TABUNG KECEMASAN

Ada client last week call saya sebab terdesak nak pakai duit. Munkin terkesan dengan PKP. Saya tak tanya banyak takut segan dia pula. Orangnya berduit.

Tapi nampak la air muka beliau macam terlepas dari seribu kekusutan. Ke sebab rambut dia serabai tak bergunting pun saya tak sure. Kalau sebab itu, nak sahaja saya tolong guntingkan rambutnya.

Kira special service sambil berurusan dan dapat gunting rambut secara percuma ewah!.


Nasib baik katanya ada juga dia buat pelaburan cash dengan saya dahulu. Dia pejam mata sahaja buat simpanan bulanan sebab katanya kalau tak disiplinkan diri menyimpan memang sampai sudah tak menyimpan punya.

Duit ini berhantu kalau ada di tangan. Ada sahaja helah nak beli itu dan ini. Kalau tak kontrol memang kosong la tabung jawabnya.

Nak pakai duit itu satu hal. Dia bagitau saya pula bawak form untuk UP kan jumlah RM autodebit bulanan untuk investment beliau. Rugi tak buat potongan banyak dahulu katanya walaupun sebenarnya dia mampu.

Memang dia betul-betul nampak kesannya apabila saat memerlukan duit.
Dia nak stanby masa akan datang pula takut-takut terjadi sebagaimana sekarang.
Rasa terharu pun ada apabila dapat menolong menyelesaikan masalah orang.

Pesanan penaja pada semua agar sediakan tabungan anda. Kita tidak tahu apa yang terjadi di kemudian hari munkin senang atau susah.

Kita pun tak menjangka pandemic covid 19 ini memberikan kesan besar pada seluruh dunia.
Untill then selamat menabung.


#mulaawalmenabung
#beringatsebelumkena
#masadepananda

PENJIMATAN CUKAI DENGAN PRS

Ahmad kamu ada tak kawan-kawan yang buat PRS? Terkesima sekejap.

Saya la tuan. Saya memang ada lesen PRS dah lama, promote nya tidak. Laaa kenapa tak cakap nasib baik tanya. Lama dah cari.



Saya apa-apa yang melibatkan duit, saya akan rujuk Ahmad dahulu, macam biasa.

Dahulu orang ajak skim cepat kaya, nasib baik saya tanya Ahmad kalau tak lebur duit saya.

Dia nak buat PRS sebab boleh kurangkan cukai RM 3000, yang EPx katanya dah full.

Alhamdulillah rezeki.

Lepas saya buka mulut pada clients, berkenaan PRS rupanya ada antara my client dah invest dengan orang lain. 
Alamak ruginyaaa....

Jadi kesimpulannya jangan MALU nak buka mulut atau declare BUSINESS kita pada orang ramai.

Jangan SEGAN nak declare kita ini BUJANG tang-tang takut terlepas GADIS JELITA yang menaruh hati pada kita.

Laaa ingatkan dah berpunya sebab HENSEM KACAK BERGAYA. Rupanya SOLO, KAYA BUDI PEKERTI lagi.


#rezeki
#janganmalu
#jangansegan
#discloseurbusiness
#PRS
#pengurangantax