Monday 6 July 2020

KEJAYAAN

• Ada pelbagai pandangan berkenaan KEJAYAAN.
• Ada orang ukur kejayaan dengan banyaknya DUIT dan HARTA yang di kumpul. Berkereta besar, rumah besar, pakaian berjenama, bag berjenama dan sewaktu dengannya.

• Seorang leader rasa berjaya apabila boleh bentuk seseorang itu sehingga hidup senang walaupun orang yang di bentuknya itu lebih kaya darinya.

• Petani akan berbangga dan rasa puas dengan kejayaan TANAMANNYA mengeluarkan hasil.
• Accountant rasa melayang-layang puas hati apabila dapat MENGIMBANGKAN akaun yang tak balance.

• Orang belajar alquran rasa berjaya apabila sebutan huruf, tajwid dan lahjah bahasa arabnya betul.
• Pemain bola sepak rasa berjaya sekiranya MENGALAHKAN lawannya.
• Ajk surau rasa berjaya sekiranya perkhidmatan mereka, memberi KESELESAAN pada para jemaah walaupun tidak bergaji.

• Amil zakat rasa berjaya kalau dapat TOLONG ORANG susah walaupun dirinya pun bukanlah senang.
• Tukang masak rasa berjaya kalau makanan yang dimasaknya SEDAP menjilat jari.
• Ada orang rasa berjaya apabila hidupnya TENANG tak serabut. Family bahagia.

• Tak kurang juga yang rasa berjaya sekiranya setiap hari dapat MENGATA orang.
• Rasa berjaya apabila dapat sebar BERITA FITNAH.
• Dapat LAGA-LAGAKAN orang suatu kejayaan yang penuh nikmat.

• Tulisan caci maki, mengherdik dah menjadi tabiat.
• Dapat berbahas berhujjah walaupun ternyata dirinya silap.
• Dah persis perangai SETAN pun ada
Wanauzubillah...

• Emmm..macam-macam rupanya takrif kejayaan di mata masyarakat. Jangan fikir kejayaan hanya pada nilai mata wang ringgit semata-mata.

• Di harap kejayaan yang kita impikan tersebut memberi manfaat pada semua dan pahala pada diri kita. Amin.

Tazkirah

BabaAnis ®
#takrifkejayaan
#beringat
#dosapahala

DENGAR NASIHAT PAKAR BUKAN DENGAN NASIHAT FB

Rezeki jangan di tolak. Antara contoh orang melawan arus dan dengar nasihat consultant.
Bukan dengar dari nasihat FB yang bukan bidangnya.

Client takut-takut hari tu sebab macam-macam berita dan pandangan dia dengar dan baca. Tapi semuanya bukan dari CONSULTAN UNIT TRUST.

Hampir nak terima advice yang SALAH iaitu JUAL KETIKA MARKET RENDAH.

Masa orang viral market crash & so on so ni buktinya.


Invest bulan Mac to 29 June 2020 dah net profit 24% to 25%. Alhamdulillah rezeki beliau.
Saya tumpang gembira.

#dengarnasihatyangbetul
#lempardakyahyangmenyimpang
#unittrustpublicmutual
#IslamicFund

KERJA OH KERJA


• Owh bestnya di tempat kerja baru, tak sama tempat saya bekerja dahulu.

• Tempat kerja lama masa kita di catur oleh orang lain kita tiada life.

• Hari minggu pun mereka kacau kita untuk buat kerja.

• Kalau 5.30 petang dah terpacak di punch card siap kena perli, eh dah nak balik ke?

• Macam-macam job kena buat hatta tak ubah macam buruh binaan. Ya la kita paling muda gagah perkasa pulak tu.

• Nak claim OT kena bersilat bagai itu pun siap kena potong lagi, berkira.

• Penat jangan cerita la yang tak tahan kena maki pula dengan boss walaupun kesilapan kecil dan tak lojik akal di buatnya.
Bla, bla, bla,...


• Ya kawan benda-benda macam ini selalu kita dengar when pindah kerja di tempat baru.

• Banyak benda kita compare dan mengeluh. Tapi sedar tak semua itu percaturan Allah terhadap kita.

• Dengan sebab kerja dahulu kita lebih kuat, lebih berpengalaman, lebih sabar, lebih hebat, macam-macam kita dapat belajar.

• Ia memudahkan perjalanan kita di tempat baru. Banyak yang kita dapat belajar di tempat lama kalau kita flash back.

• Di tempat baru, kita akan ada ujian lain pula dariNya itu normal. Kita kena istighfar dan bersyukur kepadaNya.

• Semoga kerja anda di berkatiNya.

Selamat bekerja.

BabaAnis ®

#ujianbekerja
#jiwakental
#janganjiwakacau
#ejasbiarcantik
#ingatsiapabagirezeki