Monday 26 February 2018

‘KALAU’ LEMBU PUN BOLEH TERBANG


Kalau aku kaya,
Hari-hari hari raya,
Bil bil jiran keluarga,
Aku belanja selamba.

• “Sekiranya main buah KALAU ini LEMBU PUN BOLEH TERBANG”. terpacul keluar dari lidah one of my friend ketika masa belajar dahulu. Saya gelak guling-guling pada masa itu.

• Ya perkataan yang cukup sinonim dengan kehidupan kita “KALAU”.

• KALAU la awal lagi saya terjebak dengan dunia unit trust ini mesti lagi best! Ketika itu IDEA saya dah ada.

• Pertama, tak nampak duit tunai keluar dari poket client kerana menggunakan duit KWSX. Lagipun duit itu hanya boleh di keluarkan apabila umur mencecah 55 tahun.

• Kedua, pengalaman saya ketika itu memang dah deal dengan manusia so sedikit sebanyak memang boleh gilap lagi. Nak tunggu sampai skill saya betul-betul mahir dalam hal deal dengan manusia ini baru nak register lesen Unit Trust sampai kesudah memang tak la kerana manusia akan berubah mengikut zaman dan masa.

• Ketiga, umur saya masih muda bujang tang-tang, tubuh sihat, boleh melangkah jauh dan bekerja sampai malam pun tak kisah, idea pun gila-gila, tanggungjawab pun tak berat lagi.

• Keempat, rasa nak mengumpul wang menebal dalam diri pada ketika itu kerana nak tolong keluarga, adik beradik masih belajar, nak kawin, nak itu dan ini. Business ini income no limit.

• Kelima, produk yang ditawarkan company adalah ISLAMIC. Memang peluang agak besar kerana tuntutan pada orang islam. Ketika itu ramai orang telah sedar akan hal ini. Pada ketika itu company insurans pun sibuk nak men takaful kan produk mereka. Suatu zaman yang cukup besar peluangnya.

• Keenam, return yang cukup kompetitif. Membuatkan saya buka mata. “Eh ada ya produk sedemikian rupa?”. merupakan salah satu point yang cukup kuat untuk tarik client.

• Ketujuh, saya terkesan dengan satu kata-kata dalam buku seingat saya, “syarikat berani ambil anda sebagai pekerja untuk memberi untung pada syarikat” TETAPI “anda tak berani untuk ambil risiko bekerja untuk diri ANDA SENDIRI dan memberikan untung pada diri ANDA SENDIRI”. Hati ini lagi panas.

• Tetapi kerana sangat memikirkan modal pada ketika itu jadi saya tangguhkan dahulu niat saya kerana lari sedikit sahaja sebenarnya budget saya just RM 250 pada ketika itu. Alahai ruginya rasa pada ketika itu kerana terlalu berkira. Bukan banyak mana pun.



• Tapi ingat! KALAU ini tak boleh digunakan kecuali:

ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘KALAU’.
Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

• Kalau anda sering menggunakan KALAU (yang negatif) dalam kehidupan anda maka anda tak akan kemana-mana.

• Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian if peluang dah ada di depan mata cepatlah bertindak!

No comments:

Post a Comment