Sunday 4 February 2018

MUNGKIR JANJI


•PELIK! Masa akan menjadi tepat apabila sesuatu itu melibatkan periuk nasi, keuntungan, dapat duit, habuan, dapat BRIM, bonus dan sebagainya.

•Lebih PELIK! Sekiranya ia menjadi main-main atau tak serious sekiranya melibatkan persahabatan, adab, MESYUARAT, JANJI, lebih-lebih lagi yang melibatkan untung rugi masa akhirat yang tentunya memberikan keselamatan dan kerahmatan pada kita semua.

•Lebih PELIK LAGI! Sekiranya kedua-dua yang di atas munkir janji. Untung dunia pun dia buat tak endah especially yang melibatkan duit, untung akhirat pun dia buat tak tau dan berlalu pergi begitu sahaja.

Ya MASA!

•Sudah-sudah la dengan perangai janji melayu ( sedih ungkapan ini dah jadi kebiasaan) cakap jam 9 tetapi datang setengah jam selepas itu. Datang dengan muka selamba tanpa rasa bersalah di sebabkan kelewatan masa.

•Sekurang-kurangnya bagitau akan sampai lewat sedikit baru beradab dan kena caranya.

•Pengalaman yang saya tak boleh lupakan apabila di tegur oleh Murabbi Arwah Ust Yahya Othman. Ketika itu saya kena jemput dia ke suatu program. Janji jam 2 petang saya sampai 2.05 petang. Memang bernanah telinga kena tazkirah bab masa oleh beliau.

•Kali kedua saya kena ambil dia juga untuk ke program, kali ini saya datang awal 5 minit sambil bagi salam di rumah beliau dengan penuh bangga kerana datang awal. Tapi beliau buat tak tahu sahaja. Pun begitu sekali lagi panas telinga kena marah.

•Sharp jam 2 petang, “Anta Samhan! ganggu masa ana tengah membaca buku”, bla-bla….panjang pula kena tazkirah sampai ke tempat program.

•Membuatkan saya serik kena demikian.

•Macam dalam bidang sale ini memerlukan ketepatan masa kerana masa client agak terbatas, jangan terkejut hanya dengan masa anda dapat CLOSE DEAL ON THE SPOT tanpa banyak cakap dan dengan masa juga client akan REJECT anda tanpa alasan lain walaupun product, company dan diri anda hebat.

Siapa yang akan RUGI jikalau masalah pengurusan masa ini telah menjadi HABIT dalam KEHIDUAN anda?

Tiada kaitan dengan gambar ini. Sempat berjumpa dengan sahabat yang sinonim dengan soldier. Silap MASA anda kena TEMBAK!
Ni pun POK YA Con codei jugok dahulu.

No comments:

Post a Comment