Friday 31 January 2020

BUKAN PERANGAI ORANG ISLAM MUDAH BERPUTUS ASA


- Wahai para graduan! Janganlah merasa rendah diri sekiranya pointer anda rendah. Pointer rendah bukan tiket untuk anda hancurkan masa depan anda. Pointer tinggi pun tak semestinya semakin tinggi gaji mula sebagai graduan.

- Jangan pula di sebabkan frust anda duk melepak di rumah ibu bapa berbulan-bulan tanpa berbuat apa-apa hanya menghabiskan beras mak bapak sahaja. Sepatutnya ianya menjadi pengajaran dan beri kekuatan untuk merubah kehidupan anda lebih baik.

- Ayuh lekas mencari kerja! Walaupun sepatutnya ketika sebelum grad dah boleh intai-intai peluang kerja yang ada. Tak kisahlah gaji itu dapat berapa janji halal. First job saya di KL pun cuma RM 800.

- Lepas ini nak bayar PTPTN, nak kumpul duit untuk kawin, nak itu dan ini dengan duit dan jangan buat-buat lupa pula duit bulanan untuk ibu bapa untuk keberkatan.

- Allah itu Maha Adil! Siapa yang berusaha pasti Allah akan beri. Silap-silap 5, 6 tahun akan datang gaji anda lebih bergaya dari yang pointer tinggi tadi. Anda cepat naik pangkat mungkin.

- Sekali lagi saya tekankan cepat-cepat cari kerja zaman sekarang ini siapa cepat dia dapat. Anda lambat anda berputih mata. Apa ingat nak cari jodoh sahaja yang nak mau cepat? Lambat di kebas orang?

- Apa ingat anda sorang sahaja yang pakai jubah naik stage? Orang lain pun ada juga gambar berjubah masa konvo tu.

JANGAN LUPA DIRI


• Munkin ada dikalangan kita lupa atau buat-buat lupa dengan pengorbanan seseorang yang support kita sehingga ke menara gading.

• Selain ibu bapa, adik beradik pun ada juga yang support. Maybe abang-abang atau kakak-kakak pernah melupakan hasrat mereka untuk sambung belajar ke tempat yang mereka ingini atau sanggup korbankan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya hanya mahu pastikan kita berjaya.

• Rela melepaskan semua itu hanya kerana nak tolong mak ayah mencari duit untuk support kamu belajar.

• Rela mengikat perut, menebang hutan, menoreh getah, menjual botol, memerah keringat untuk pastikan kamu menjadi orang yang berguna.

• Tapi when semua dah berjaya kamu lupakan jasa mereka semua. Tak kan nak tunggu mereka yang cakap jasa mereka pada kamu selama ini?

• Sekurang-kurangnya tanyakan khabar mereka, family mereka. Balik kampung nanti hulurkanlah duit belanja pada family dia. Ceriakan mereka baru la berkat. Paling best sekiranya kita pula yang menyelesaikan masalah mereka sekiranya ada masalah.

• Ini tidak kita hanya ingat pada mak ayah kita sahaja. Sedangkan mereka adik beradik yang jenis macam ini buat don't know sahaja.

Common la..


Gambar:
bersama abang ipar. Banjir di Kelantan 2014

Monday 27 January 2020

KENAPA PERLU KEPADA PERNIAGAAN?


• Cuba la berniaga seawal munkin walau untungnya setakat celah gigi sahaja. Kalau kita tidak berniaga sekarang pun, suatu hari nanti pasti kita teringin juga berbuat demikian.

• Pernah saya bertanya pada salah seorang client saya kenapa dia suka berniaga online? sedangkan gajinya cukup besar. Salah satu jawapannya ialah just santai-santai dan seronok dengan perniagaan tersebut.

• Salah satu jualan online dia ialah menjual polarise spectacle. Di pendekkan cerita saya dapat ilmu daripada beliau jualan online dengan menggunakan FB. Salah satunya ialah dia target pada kaki pancing. Apabila pakai cermin mata tersebut boleh nampak ikan dalam sungai dengan pembiasan cahaya.

• Saya simpulkan beliau belajar something. Target market, cara promosi, teknologi, social, price margin, product, negotiate dan banyak lagi.

• Tak kan lah nak tunggu pencen baru terhegeh-hegeh nak tau FB, Instagram, blog, pos barang, netiogate harga, supplies and so on. Masa itu orang dah lama kedepan. Lagi sedih pada waktu itu anda jadi blur dan loss tak tahu nak buat apa.

• Paling sedih lagi apabila anda di buang kerja. Ingat tak suatu ketika dahulu company oil and gas merupakan majikan terpilih atau kelas pertama di mata BANK. Now? Bank pun lari. Baru pening nak belajar business itu dan ini.

Now cuba tukar ayat bussines or berkaitan dengan business di atas pada "DAKWAH".

Wow!

Antara perniagaan sampingan kawan saya. Madu kelulut. Kerja utama adalah mengajar (ustaz Abdul Kadir Jailani Ismail).


PERNIAGAAN DAN KERJA SAMPINGAN


Mulakanlah business dari anda kecil lagi. Kenapa? Banyak faedahnya apabila anda menempuhi alam pekerjaan nanti. Sekarang ini banyak company yang preffer pada mereka yang berpengalaman dan multi tasking.

Kalau dahulu pernah la jual kerepek pisang di sekolah rendah, tolong jual arnab di pasar tani walaupun ketika itu usia baru sekolah rendah. Ayah memang nampak akan kepentingan menjinakkan anak-anaknya tentang business.

Di university pulak pernah la berniaga roti, cuti sem sibuk mencari kerja untuk mencari pengalaman. So boleh la tampung bayar yuran dan sebagainya.

Banyak sebenarnya ilmu yang tersirat apabila terlibat dengan benda-benda macam ini sejak dari awal.

Buat kita lebih berdikari dan kental pabila macam-macam yang kita hadapi , lebih menghargai sesuatu apabila kita rasa susahnya mencari rezeki. Merasa puas apabila dapat merasa dari hasil titik peluh kita sendiri, biar pernah rasa jadi kuli taklah asyik nak meninggi diri.

Semua itu kita dah pernah rasa sejak dari alam sekolah lagi. Automatik Kita akan selangkah di hadapan berbanding kawan-kawan yang lain. Jadi memudahkan kita apabila sampai alam pekerjaan nanti. Bermula dari hantar resume sehingga dapat kerja. Kita lebih bersedia Insya Allah.


Sempat pekena nasi kerabu bersama sahabat-sahabat zaman sekolah arab dahulu. Semuanya hebat-hebat belaka.