Monday 27 January 2020

PERNIAGAAN DAN KERJA SAMPINGAN


Mulakanlah business dari anda kecil lagi. Kenapa? Banyak faedahnya apabila anda menempuhi alam pekerjaan nanti. Sekarang ini banyak company yang preffer pada mereka yang berpengalaman dan multi tasking.

Kalau dahulu pernah la jual kerepek pisang di sekolah rendah, tolong jual arnab di pasar tani walaupun ketika itu usia baru sekolah rendah. Ayah memang nampak akan kepentingan menjinakkan anak-anaknya tentang business.

Di university pulak pernah la berniaga roti, cuti sem sibuk mencari kerja untuk mencari pengalaman. So boleh la tampung bayar yuran dan sebagainya.

Banyak sebenarnya ilmu yang tersirat apabila terlibat dengan benda-benda macam ini sejak dari awal.

Buat kita lebih berdikari dan kental pabila macam-macam yang kita hadapi , lebih menghargai sesuatu apabila kita rasa susahnya mencari rezeki. Merasa puas apabila dapat merasa dari hasil titik peluh kita sendiri, biar pernah rasa jadi kuli taklah asyik nak meninggi diri.

Semua itu kita dah pernah rasa sejak dari alam sekolah lagi. Automatik Kita akan selangkah di hadapan berbanding kawan-kawan yang lain. Jadi memudahkan kita apabila sampai alam pekerjaan nanti. Bermula dari hantar resume sehingga dapat kerja. Kita lebih bersedia Insya Allah.


Sempat pekena nasi kerabu bersama sahabat-sahabat zaman sekolah arab dahulu. Semuanya hebat-hebat belaka.

No comments:

Post a Comment