Monday 7 October 2019

MURAH HATI KENA BERTEMPAT

SYABAS MAIS @ JAIS

Khutbah hari ini memang terbaik...isu ini sudah lama berlegar di selangor hatta munkin di seluruh Malaysia.

Mengambil kesempatan pada rakyat Malaysia yang begitu pemurah.

Betul! sedekah mendapat pahala, tetapi if silap tempat kita sedekah or derma akan mendapat bala.

Derma or sedekah tanpa usul periksa betul or not.

Pelbagai cara dan kaedah depa penipu ini mendapatkan duit di surau masjid malah di tempat awam seperti di bank dan seumpamanya.

Yang turut menjadi tempias pada mereka yang betul-betul susah or yang memerlukannya, itu yang sedihnya. contohnya yang ini.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10204372388042379&id=1010526107&set=a.1428904435201


Antara cara menipu ialah:

1. Menyamar penduduk berdekatan

Biasanya mereka akan bagi adress rumah yang berdekatan dan bagi macam-macam alasan. Contohnya duit habis, anak masuk hospital...
Yang ini baru aja berlaku semalam orang jumpa saya nak duit surau. When cek pada alamat tertera dan sahkan dengan penduduk or jiran memang tiada pengenalan tersebut.

2. Menuntut duit perkeso

Depa akan bawak report polis, dokumen hospital dan borang perkeso untuk claim accident ketika mereka pergi kerja.

Cek dengan pihak hospital dan polis memang tiada dan palsu. Caranya senang sahaja just email/call/pergi ketempat agensi terbabit.

3. Menyamar sebagai ajk masjid atau tenaga pengajar masjid

Biasanya yang ini mereka dah study karektor mereka yang nak menyamar tu. Kadang-kadang akan guna profile picture whatssap orang tersebut.

If ustaz itu pernah war-war kan pada jemaah untuk buat collection pusat tahfiz or what so ever so akan menguatkan hujah depa untuk attract mangsa-mangsa.

Contohnya sebagaimana yang saya pernah share di sini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217462048315705&id=1010526107

4.Muallaf

Masuk islam bukan tiket untuk meminta sedekah malah Islam lebih mulia dari itu.

Sungguhpun mereka termasuk dalam orang yang berhak menerima zakat tetapi ada tempohnya iaitu 5 TAHUN bagi negeri Selangor.

Sekiranya miskin juga selepas itu mereka boleh memohon zakat di bawah kategori asnaf atau fakir miskin dan bukan lagi di bawah kategori muallaf.

Biasanya cuba test Al fatihah or mengucap if tak boleh so there are something wrong. Cek juga tempat tinggal dan kad masuk Islam.



5. Menampung Pembayaran hospital

Mereka akan bagi surat dari hospital, kad kemasukan hospital dan pengesahan daripada Doktor yang merawat.

If sekali pandang memang nampak macam betul. Tapi when dah siasat memang penipu.
Siap hospital terbabit membuat report polis.

6. Bantuan pada sudara Muslim di luar negara

Macam-macam dokumen pengesahan dan sokongan daripada masjid, surau, polis, Jabatan mufti dan lain-lain agensi.

Yang tak tahannya siap guna letter head jabatan agama, kebetulan saya agak familiar dengan surat jabatan agama ni so memang kantoi la.

Yang ini senang aja contact penama-penama surat terbabit buat pengesahan.

Banyak lagi kaedah yang saya nak kongsikan sebenarnya. Ini mana-mana yang saya ingat sahaja.
Semoga bermanfaat.


#Jangan bermurah hati tak bertempat.
Asalnya nak pahala benda lain pula yang menimpa.

REALITI KEHIDUPAN KITA SEMUA



Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.


Kita semua di UJI Allah.

C&P

KEPENTINGAN JENAMA / BRAND


Tak kering gusi dengan telatah anak gadisku harini.

Macam inilah baba baca buku Anis " Sarah Dan Senduk" setelah dia dengar baba dia nak baca buku. Rutin biasa saya akan bawa bekal ketika menunggu anak saya habis kelas. Bekal buku untuk di baca.
Sekali anak gadis suggest buku yang ada tajuk senduk.

Mentang-mentangla setahun dua ni dia dah minat masuk dapur belajar masak dengan ibunya.
Ditambah pula satu sekolah transit pecah rahsia dia bagitahu baba dia bawak balik senduk made in South Africa.

Itulah buku yang dia pinjam dari library sekolah minggu ini. Berkejar ke library sekolah nak pinjam buku sebelum masa tamat.

Cuba Anis cerita pada baba berkenaan apa buku itu?

Buku berkenaan seorang budak bernama Sarah terjumpa buku resipi dalam kotak lama. Buku itu dah rosak sedikit.

Sarah dengan bersungguh-sungguh melengkapkan balik buku resipi tersebut dengan mencari maklumat dari orang sekeliling termasuk ibunya.

Dalam mencari maklumat tersebut beliau mencuba memasak dengan resepi tersebut.

Habis itu apa pula kaitan dengan SENDUK itu? Anak saya menjawab, SENDUK tersebut suatu tanda or benhcmark suatu hari nanti Sarah akan berjaya menjadi tukang masak yang hebat.

Wah hebat anak ku dengan bersungguh -sungguh explained isi kandungan buku tersebut.

Ya! BRAND sangat penting, kualiti asas yang perlu ada dalam diri usahawan sebagaimana yang di perkatakan oleh Robert Kiyosaki.

Maknya pula menambah elok letak nama buku tersebut ANIS DAN SENDUK.

Silap hari bulan senduk ku dari Africa menjadi penghias kejayaannya if dia pilih untuk menjadi chef.

Semoga anak gadisku menjadi orang yang berguna, lebih hebat dari ayah dan maknya beriman dan bertaqwa.


Aminn..

Thursday 3 October 2019

KOS SARA HIDUP SEMAKIN NAIK


Kalau dahulu Kita boleh beli kopi o hanya dengan 50 sen tetapi sekarang dah capai RM 1.

Kalau dahulu kita pergi kedai bawak RM 50 macam-macam kita boleh beli barang dapur tetapi sekarang celah gigi sahaja dengan duit macam itu.

Semua Mahal! Mahal! Mahal! Mahal!

Tiada guna jika kita hanya merungut guling-guling tunjuk perasaan. Kita kena cari solution baru Allah tunjuk jalan.

Nak berhutang? memang seronok if muka tebal macam kamus Oxford. Lepas itu beban hutang menimbun, kawan dan saudara mara semua akan lari pasal kamu muka berhutang.

Kena cari income tambahan dah kerja hakiki cukup-cukup makan. Baru kamu jadi orang yang di pandang tinggi di sisi tuhan. Yang penting halalan toyyiban.

Tambah income tak guna juga sekiranya belanja macam hantu raya. Kena cek balik perbelanjaan kita. Rupanya ROKOK punca utama belanja naik.

Harga untuk sekotak(20 batang) RM 17. Seminggu dah RM 119. Sebulan dah RM 510 wow!...itu baru sekotak rokok.

#Lelakihensemgilaiftakmerokok.

RUKUN KAYA


1. Senyum
2. Energy
3. Intention- nak kaya
4. Bangun pagi sentiasa bersyukur. Kena rasa kaya. Contoh tarik nafas hembus nafas ianya kaya.
5. Ikhlas. Tak berkat if tak ikhlas.


best! best! best!

# Sharing from Abang Abu seminar last month.


KITA TAK BOLEH KAWAL


1. Kita tak boleh kawal turun naik saham.
2. Kita tak boleh kawal harga naik turun emas.
3. Kita tak boleh kawal harga kereta Honda.
4. Kita tak boleh kawal boss kita nak keluar negara.

Kita boleh kawal duit kita, uruslah dengan ilmu.

USIA SIMPAN DUIT




SOALAN : Usia berapa yang sesuai untuk menyimpan duit?
JAWAPAN : Seawal usia yang layak. Semakin awal kita bermula semakin baik.

1. Kecemasan.
2. Boleh baiki kesilapan sekiranya terguna pada benda-benda yang tak berfaedah.
3. Komitmen kewangan yang masih rendah.
4. Boleh jadi hantaran nikah dengan...
5. Boleh beli cincin yang bernilai jutaan ringgit.

Bila dah tua macam dalam gambar ini jadi agak terlewat.
Silap haribulan tak dapat nak menyimpan disebabkan bermacam-macam pinjaman dan komitmen lain. Negative cash flow.



JANGAN PUTUS ASA

" Jika anda tidak boleh terbang, berlarilah.
Jika anda tidak boleh berlari, berjalanlah.
Jika anda tidak boleh berjalan, merangkaklah.
Apa pun anda lakukan, anda harus tetap bergerak."
- Martin Luther King. Jr.-

BE POSITIVE


If negative perspective gelap nak hujan itu menunjukkan rezeki akan putus, tak boleh menoreh, membahayakan para nelayan.

Sebenarnya selepas hujan matahari pula muncul memberi sinar baru pada kehidupan.
Pokok-pokok menghijau, kehidupan di lautan menjadi ceria, rezeki penoreh dan nelayan bertambah.

Cuba kaitkan dengan falsafah kehidupan Kita sekarang, di uji dengan pelbagai dan ianya tak sia-sia.
Ya Allah sekiranya hujan itu baik untuk tempat kami Kau turunkan ia, dan sekiranya ia tak baik untuk kami jauhkan ia.


Aminn..

KEPUASAN DIRI


KEPUASAN DIRI

Ada orang puas hati kalau dapat memancing, dapat pula ikan sebesar tong gas,
.
Merempit kesana kemari merupakan satu cabaran, seolah-olah hero Malaya,
.
Modified kereta habis beribu senang hati, awesome di mata orang nanti akan dipuji melangit,
.
Shopping berjam-jam merupakan terapi minda, stress di tempat kerja tadi akan terus hilang,
.
Ada pula merokok ialah satu nikmat sampai ke awan, tangan mengeletar kalau tak jumpa rokok,
.
Dapat sahaja gaji joli sakan katanya muda hanya sekali, nanti tua kita akan beringat.
.



KEPUASAN DIRI

Simpan duit disiplin tinggi tetapi besar impaknya nanti,
.
Pergi seminar peningkatan diri memberikan seribu erti,
.
Pergi bercuti bersama keluarga memberikan memori indah,
.
Berkebun biarpun berpeluh ianya seronok melihat hasilnya nanti,
.
Pergi surau siang malam hati tenang,
.
Terlibat dengan aktiviti masyarakat membuka minda,
.
Bersedekah dan berzakat pembersih harta,
.
Ucapan istighfar penyelesai masalah.

Apa pun erti kepuasan diri pada kita ianya ada limit iaitu berbaloi dengan pahala yang kita akan dapat. If dosa yang kita tempah harap berhati-hati.

Tazkirah Jumaat