Monday 7 October 2019

MURAH HATI KENA BERTEMPAT

SYABAS MAIS @ JAIS

Khutbah hari ini memang terbaik...isu ini sudah lama berlegar di selangor hatta munkin di seluruh Malaysia.

Mengambil kesempatan pada rakyat Malaysia yang begitu pemurah.

Betul! sedekah mendapat pahala, tetapi if silap tempat kita sedekah or derma akan mendapat bala.

Derma or sedekah tanpa usul periksa betul or not.

Pelbagai cara dan kaedah depa penipu ini mendapatkan duit di surau masjid malah di tempat awam seperti di bank dan seumpamanya.

Yang turut menjadi tempias pada mereka yang betul-betul susah or yang memerlukannya, itu yang sedihnya. contohnya yang ini.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10204372388042379&id=1010526107&set=a.1428904435201


Antara cara menipu ialah:

1. Menyamar penduduk berdekatan

Biasanya mereka akan bagi adress rumah yang berdekatan dan bagi macam-macam alasan. Contohnya duit habis, anak masuk hospital...
Yang ini baru aja berlaku semalam orang jumpa saya nak duit surau. When cek pada alamat tertera dan sahkan dengan penduduk or jiran memang tiada pengenalan tersebut.

2. Menuntut duit perkeso

Depa akan bawak report polis, dokumen hospital dan borang perkeso untuk claim accident ketika mereka pergi kerja.

Cek dengan pihak hospital dan polis memang tiada dan palsu. Caranya senang sahaja just email/call/pergi ketempat agensi terbabit.

3. Menyamar sebagai ajk masjid atau tenaga pengajar masjid

Biasanya yang ini mereka dah study karektor mereka yang nak menyamar tu. Kadang-kadang akan guna profile picture whatssap orang tersebut.

If ustaz itu pernah war-war kan pada jemaah untuk buat collection pusat tahfiz or what so ever so akan menguatkan hujah depa untuk attract mangsa-mangsa.

Contohnya sebagaimana yang saya pernah share di sini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217462048315705&id=1010526107

4.Muallaf

Masuk islam bukan tiket untuk meminta sedekah malah Islam lebih mulia dari itu.

Sungguhpun mereka termasuk dalam orang yang berhak menerima zakat tetapi ada tempohnya iaitu 5 TAHUN bagi negeri Selangor.

Sekiranya miskin juga selepas itu mereka boleh memohon zakat di bawah kategori asnaf atau fakir miskin dan bukan lagi di bawah kategori muallaf.

Biasanya cuba test Al fatihah or mengucap if tak boleh so there are something wrong. Cek juga tempat tinggal dan kad masuk Islam.



5. Menampung Pembayaran hospital

Mereka akan bagi surat dari hospital, kad kemasukan hospital dan pengesahan daripada Doktor yang merawat.

If sekali pandang memang nampak macam betul. Tapi when dah siasat memang penipu.
Siap hospital terbabit membuat report polis.

6. Bantuan pada sudara Muslim di luar negara

Macam-macam dokumen pengesahan dan sokongan daripada masjid, surau, polis, Jabatan mufti dan lain-lain agensi.

Yang tak tahannya siap guna letter head jabatan agama, kebetulan saya agak familiar dengan surat jabatan agama ni so memang kantoi la.

Yang ini senang aja contact penama-penama surat terbabit buat pengesahan.

Banyak lagi kaedah yang saya nak kongsikan sebenarnya. Ini mana-mana yang saya ingat sahaja.
Semoga bermanfaat.


#Jangan bermurah hati tak bertempat.
Asalnya nak pahala benda lain pula yang menimpa.

No comments:

Post a Comment