Thursday 3 October 2019

KEPUASAN DIRI


KEPUASAN DIRI

Ada orang puas hati kalau dapat memancing, dapat pula ikan sebesar tong gas,
.
Merempit kesana kemari merupakan satu cabaran, seolah-olah hero Malaya,
.
Modified kereta habis beribu senang hati, awesome di mata orang nanti akan dipuji melangit,
.
Shopping berjam-jam merupakan terapi minda, stress di tempat kerja tadi akan terus hilang,
.
Ada pula merokok ialah satu nikmat sampai ke awan, tangan mengeletar kalau tak jumpa rokok,
.
Dapat sahaja gaji joli sakan katanya muda hanya sekali, nanti tua kita akan beringat.
.



KEPUASAN DIRI

Simpan duit disiplin tinggi tetapi besar impaknya nanti,
.
Pergi seminar peningkatan diri memberikan seribu erti,
.
Pergi bercuti bersama keluarga memberikan memori indah,
.
Berkebun biarpun berpeluh ianya seronok melihat hasilnya nanti,
.
Pergi surau siang malam hati tenang,
.
Terlibat dengan aktiviti masyarakat membuka minda,
.
Bersedekah dan berzakat pembersih harta,
.
Ucapan istighfar penyelesai masalah.

Apa pun erti kepuasan diri pada kita ianya ada limit iaitu berbaloi dengan pahala yang kita akan dapat. If dosa yang kita tempah harap berhati-hati.

Tazkirah Jumaat

No comments:

Post a Comment