Monday 7 October 2019

KEPENTINGAN JENAMA / BRAND


Tak kering gusi dengan telatah anak gadisku harini.

Macam inilah baba baca buku Anis " Sarah Dan Senduk" setelah dia dengar baba dia nak baca buku. Rutin biasa saya akan bawa bekal ketika menunggu anak saya habis kelas. Bekal buku untuk di baca.
Sekali anak gadis suggest buku yang ada tajuk senduk.

Mentang-mentangla setahun dua ni dia dah minat masuk dapur belajar masak dengan ibunya.
Ditambah pula satu sekolah transit pecah rahsia dia bagitahu baba dia bawak balik senduk made in South Africa.

Itulah buku yang dia pinjam dari library sekolah minggu ini. Berkejar ke library sekolah nak pinjam buku sebelum masa tamat.

Cuba Anis cerita pada baba berkenaan apa buku itu?

Buku berkenaan seorang budak bernama Sarah terjumpa buku resipi dalam kotak lama. Buku itu dah rosak sedikit.

Sarah dengan bersungguh-sungguh melengkapkan balik buku resipi tersebut dengan mencari maklumat dari orang sekeliling termasuk ibunya.

Dalam mencari maklumat tersebut beliau mencuba memasak dengan resepi tersebut.

Habis itu apa pula kaitan dengan SENDUK itu? Anak saya menjawab, SENDUK tersebut suatu tanda or benhcmark suatu hari nanti Sarah akan berjaya menjadi tukang masak yang hebat.

Wah hebat anak ku dengan bersungguh -sungguh explained isi kandungan buku tersebut.

Ya! BRAND sangat penting, kualiti asas yang perlu ada dalam diri usahawan sebagaimana yang di perkatakan oleh Robert Kiyosaki.

Maknya pula menambah elok letak nama buku tersebut ANIS DAN SENDUK.

Silap hari bulan senduk ku dari Africa menjadi penghias kejayaannya if dia pilih untuk menjadi chef.

Semoga anak gadisku menjadi orang yang berguna, lebih hebat dari ayah dan maknya beriman dan bertaqwa.


Aminn..

No comments:

Post a Comment