Tuesday 26 November 2019

𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀


Graduan grad bersepah
Mencari kerja yang sepadan dengan segulung ijazah.
Kena compete pula dengan para senior yang berpengalaman.

Mereka marah kerana mensyaratkan berpengalaman sekurang-kurangnya setahun.
Mana munkin untuk pengalaman setahun kerana satu kerja pun tak pernah mereka tempuhi. Hanya mengadap buku berkepit kesana kemari.

Cuti semester tidur dari pagi hingga pagi esoknya pula. Begitulah sehingga habis cuti.
Nak kerja bawah aircord, berpeluh terkena sang mentari jauh sekali.

Nanti di samakan bangla dan indon pula.
Katanya tidak setaraf dengan kedudukan mereka graduan universiti.

Hello brother jangan disangka Bangla dan Indon tiada sijil.
Mereka bukan sebarangan, malah master dan professional pun ada.

Tiada alasan sehingga mereka sanggup redah lautan. Mencari rezeki yang luas terbentang di sini.
Orang lain melihat EMAS yang belum di gali di negara ini.

Kita sibuk dengan menyalahkan semua orang. Sedangkan kita menanti malas bergoyang kaki.
Nak tunggu job masuk jatuh keriba senang hati.
Ini dunia zaman teknologi dan IT. Nak jumpa job begitu dah jauh sekali.

Sedarlah wahai kawan jangan jadi seorang manja nanti kita jauh ketinggalan.
lelaki seksi gila if rajin dan serba boleh.
.
.
.
note: Oleh kerana antibodi tak kuat saya balik demam selsema sakit kepala selepas sehari di imigresen dengan bangsa asing. Macam-macam bau ada.
.
.
#janganmemilihkerjapadaperingkatawal
#usahadanusahalagi
#allahtidakzalim
#siapaberusahadiapastiakanberjaya
#jangansibukberalasan
#sibukandirimencaripenyelesaian

https://tipsperunding.blogspot.com/

𝗠𝗔𝗟𝗨 𝗦𝗢𝗞𝗠𝗢


Buat business naik motor rasa MALU
Kerja jumpa orang MALU
Nak bawak bekal ke tempat kerja MALU
Nak beli rumah kecil pun MALU
Pakai kereta kecil lagi MALU


Kahwin anak hantaran sedikit terketar-ketar MALU
Menyampaikan perkara kebaikan pun MALU
Mencari rezeki dengan grab food pun MALU
Macam-macam MALU

Tengok pada kemampuan kamu, kalau itu sahaja yang anda mampu so tak perlu la MALU sangat. Tekad untuk berubah kearah kebaikan. 
Nanti dah berjaya jangan menyombong pula.

Sekiranya nak berubah kearah KEBAIKAN pun MALU juga
Orang tua kata baik mati la kalau gitu

MALU tak bertempat
Maaf kasar.

# dapat kuali malu apa bossku.

Tuesday 19 November 2019

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


Oh happy nya apabila anak naik pentas terima anugerah,
Wajah gembira dan excited tak boleh nak sorok dah.
Kalau boleh satu dunia tau anak kita yang terbaik.

Bagaimana pula bagi anak-anak yang kurang cemerlang akademiknya?

Patutkah kita sisihkan mereka?

Kadang-kadang mereka cemerlang akhlaknya.
Cemerlang pergaulannya dengan orang ramai.
Cemerlang pula dalam membantu ibu bapa dan adik-adiknya.












Kadang-kadang anak ini lah yang membanting tulang dengan ibu bapanya bagi memastikan adik-adiknya ke menara gading.

Terpaksa melepaskan cita-cita dan impian sendiri agar adik-adiknya berjaya.
Tiba-tiba apabila semua berjaya lupakan abang atau kakaknya dan paling sedih ibu bapa dia pun sama.

Pandang hina pada anak sulungnya yang tak berapa cemerlang ini dek anak-anak yang lain hebat tinggi melangit.

Jangan buat begitu kawan nanti hidup tak berkat.

Jenguk lah abang atau kakak mu itu munkin mereka susah. Ya! mereka pandai menyorok kesusahannya pada anda semua.

Hulurkanlah bantuan padanya atau anaknya. 

Tiba masanya kita pula yang menjadikan cita-cita mereka satu realiti.

p/s: ambo pun abang tapi tiada kaitan dengan ambo.


#cemerlangduniaakhirat
#matamasukhabuk
#ibubapahappy
#janganlupaasalusul
#mengimpikanhidupberkat

Monday 4 November 2019

ORANG YANG KREATIF


Menurut kajian dan penelitian oleh Kathleen Vohns dalam jurnal Psychological Science bahawa:
Pemilik meja kerja yang berselerakan akan jauh lebih KREATIF berbanding dengan pemilik meja yang kemas.

Emm...berbanggalah mereka yang di maksudkan.😎
Apabila di Google so ada betulnya penyataan ini. Cuba lihat gambar yang saya jumpa.