Friday 31 January 2020

JANGAN LUPA DIRI


• Munkin ada dikalangan kita lupa atau buat-buat lupa dengan pengorbanan seseorang yang support kita sehingga ke menara gading.

• Selain ibu bapa, adik beradik pun ada juga yang support. Maybe abang-abang atau kakak-kakak pernah melupakan hasrat mereka untuk sambung belajar ke tempat yang mereka ingini atau sanggup korbankan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya hanya mahu pastikan kita berjaya.

• Rela melepaskan semua itu hanya kerana nak tolong mak ayah mencari duit untuk support kamu belajar.

• Rela mengikat perut, menebang hutan, menoreh getah, menjual botol, memerah keringat untuk pastikan kamu menjadi orang yang berguna.

• Tapi when semua dah berjaya kamu lupakan jasa mereka semua. Tak kan nak tunggu mereka yang cakap jasa mereka pada kamu selama ini?

• Sekurang-kurangnya tanyakan khabar mereka, family mereka. Balik kampung nanti hulurkanlah duit belanja pada family dia. Ceriakan mereka baru la berkat. Paling best sekiranya kita pula yang menyelesaikan masalah mereka sekiranya ada masalah.

• Ini tidak kita hanya ingat pada mak ayah kita sahaja. Sedangkan mereka adik beradik yang jenis macam ini buat don't know sahaja.

Common la..


Gambar:
bersama abang ipar. Banjir di Kelantan 2014

No comments:

Post a Comment