Friday 31 January 2020

BUKAN PERANGAI ORANG ISLAM MUDAH BERPUTUS ASA


- Wahai para graduan! Janganlah merasa rendah diri sekiranya pointer anda rendah. Pointer rendah bukan tiket untuk anda hancurkan masa depan anda. Pointer tinggi pun tak semestinya semakin tinggi gaji mula sebagai graduan.

- Jangan pula di sebabkan frust anda duk melepak di rumah ibu bapa berbulan-bulan tanpa berbuat apa-apa hanya menghabiskan beras mak bapak sahaja. Sepatutnya ianya menjadi pengajaran dan beri kekuatan untuk merubah kehidupan anda lebih baik.

- Ayuh lekas mencari kerja! Walaupun sepatutnya ketika sebelum grad dah boleh intai-intai peluang kerja yang ada. Tak kisahlah gaji itu dapat berapa janji halal. First job saya di KL pun cuma RM 800.

- Lepas ini nak bayar PTPTN, nak kumpul duit untuk kawin, nak itu dan ini dengan duit dan jangan buat-buat lupa pula duit bulanan untuk ibu bapa untuk keberkatan.

- Allah itu Maha Adil! Siapa yang berusaha pasti Allah akan beri. Silap-silap 5, 6 tahun akan datang gaji anda lebih bergaya dari yang pointer tinggi tadi. Anda cepat naik pangkat mungkin.

- Sekali lagi saya tekankan cepat-cepat cari kerja zaman sekarang ini siapa cepat dia dapat. Anda lambat anda berputih mata. Apa ingat nak cari jodoh sahaja yang nak mau cepat? Lambat di kebas orang?

- Apa ingat anda sorang sahaja yang pakai jubah naik stage? Orang lain pun ada juga gambar berjubah masa konvo tu.

No comments:

Post a Comment