Wednesday 7 February 2018

SEBAB KITA MISKIN

Sebenarnya agak berat saya nak menulis mengenai hal ini kerana dalam diri saya sendiri masih serba kekurangan dan perlu di perbaiki. Tapi tak apa sebagai peringatan kepada kita semua. Terutama bagi mereka perunding unit trust.


SEBAB KENAPA KITA MISKIN

1) Alasan kerana daya tarikan.
Kita tidak handsome atau cantik menyebabkan kita tidak boleh buat itu dan ini. Alasan kita tidak boleh berjaya dengan kekurangan sifat tersebut. Buang jauh-jauh sifat ini. Anda mesti kenal siapa faunder ALIBABA MR JACK MA. Cuba tengok muka beliau.


2) Alasan tiada duit
Ramai di kalangan orang berjaya bermula dari susah, tiada duit. Mereka berusaha dengan gigih dari tiada apa-apa sehingga mereka berjaya ‘from nothing to something’. Anda tentunya kenal siapa dia SYED MOKHTAR ALBUKHARY. Bermula dari kehidupan yang serba kekurangan. Beliau pernah menjual nasi lemak, menternak lembu kerbau dan tanam sayur.

3) Alasan pelajaran tak tinggi
Ramai dikalangan sahabat saya yang dahulunya pelajaran tak seberapa tetapi sekarang mengalahkan mereka yang pointer hebat. Kerana mereka bangkit. WALTER ELIAS “WALT” DISNEY tak sempat pun menamatkan pelajaran beliau apabila mencecah usia 16 tahun.

4) Alasan kesihatan
Demam sikit sahaja dah tak keluar rumah mencari rezeki. Tetapi boleh pulak pergi mengeteh di kedai mamak. Ataupun sakit berat sikit dah putus asa hanya berserah begitu sahaja dan menyatakan ini adalah takdir. Pernah saya tulis sebelum ini bukan perangai orang islam mereka yang berputus asa. NICK VUJICIC menjadi inspirasi seluruh dunia walupun beliau lahir tanpa kaki dan tangan.

5) Alasan berada dalam linkungan orang miskin
Cuba lihat siapa yang ramai berhijrah ke tempat kita sekarang? Cuba pergi ke KL terutamanya berdekatan area pasar seni dan Mydin pada hari ahad, macam kita bukan di Malaysia lagi. Kenapa begitu? Mereka berhijrah dari tempat miskin beliau untuk berubah menjadi lebih baik. Mambantu keluarga mereka. Anda jangan pula cemburu dan terkejut kerana dengan hasil mereka bekerja di sini membolehkan mereka membina rumah banglo di tempat mereka.

6) Alasan kehidupan dahulu
Dahulunya pernah kaya dan sekarang jatuh miskin. Seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. Kini bergelar penjual sanwich dijalanan.Cuba bayangkan dari seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal sekarang ini menjual sandwich.Jarang orang boleh buat begitu kerana perasaan malu yang begitu menebal.

Orang yang saya maksudkan ialah SIRIVAT VORAVETVUTHIKUN. Sekarang beliau cukup terkenal di seluruh dunia, beliau di temubual oleh syarikat media gergasi seperti CNN, BBC World…
Cukup dahulu dengan 6 ALASAN tersebut.



LAWAN TETAP LAWAN...Wachaaaaaa....

No comments:

Post a Comment