Sunday 11 February 2018

MELANCONG KE LUAR NEGARA PADA PANDANGAN USAHAWAN


Sekiranya anda berpeluang ke luar negara anda sangat rugi sekiranya tak mengambil peduli akan faedah-faedahnya dan hanya tahu nak relieve tension semata-mata. Alhamdulillah boleh dikatakan setiap tahun saya dapat trip percuma dari Public Mutual. Saya just bawak duit untuk shopping sahaja yang lain di tanggung beres.

1) Mencari idea baru dan peluang

Apabila ke tempat orang para usahawan akan sentiasa mengintai-intai peluang atau idea baru yang boleh mereka bawa pulang nanti untuk boom their business jangan jadi seperti pepatah “seperti katak di bawah tempurung”. Hanya tahu ruang lingkup idea business di tempat kita sahaja.



2) Membuka pintu hati pada benda yang tak di jangka

Pernah tak mendengar orang dibukakan pintu hati untuk bertaubat, berubah, menjadikan seseorang itu turun egonya, insaf, lebih tawadu’ dan rajin apabila berada di tempat orang?


Saya begitu terkesan ketika tahun 2008 ke Vietnam. Pada ketika itu boleh dikatakan zaman Malaysia tahun 70an, serba dhaif. Apa yang menarik ketika itu penduduk mereka sangat rajin tambah dengan sifat mereka yang begitu tolaret, dari berkereta sehingga lah berjalan kaki ada sahaja kerja yang mereka lakukan. Terdetik dihati “Alamak aku ini seorang PEMALAS”. Inilah faedahnya lari sekejap dari comfort zone kita.

3)Berjauhan membuatkan anda sangat appreciate familly & home

Anda akan teringat pada familly anda, tempat tinggal anda dan sahabat handai. If dengan isteri bak kata orang “jauh rindu-rinduan dekat asyik nak bergaduh sahaja”. Kita akan lebih rasa menghargai mereka semua sekiranya kita di timpa kesusahan (bukan minta hanya contoh) ketika itu kita akan ingat pada suami kita yang semuanya serba boleh. Ketika itu juga kita akan teringat sahabat baik kita yang sentiasa membantu ketika kita dilanda kesusahan.



4)Dapat memberi input positif pada orang di sekeliling kita

Adakah anda sedar bahawa ada di sekeliling kita orang yang susah? Maybe adik beradik kita? Sahabat handai kita? Jiran kita? Atau sesiapa sahaja yang kita kenal atau tak kenal. Mereka perlu di bantu! Munkin dengan melancong memberikan idea baru anda pada mereka untuk berniaga. Munkin dengan sedikit idea dari anda dapat mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Contoh di Jepun. Kita tahu orangnya begitu cermat,teliti dan berdisiplin. Jadi barangan mereka cukup terkenal dengan kualitinya walaupun second hand. Di sana ada menjual bag-bag kulit berjenama di lorong-lorong kedai direct dengan owner nya sendiri dengan harga yang begitu murah. Let say disana dijual dengan harga RM 2000 so when balik ke malaysia harganya boleh mencecah RM 14000. Wow!



Inilah peluang anda bagi idea pada mereka. Adakah anda berdengki sekiranya adik beradik sedarah daging anda senang nanti dengan hasil buah fikiran kita? If dengki juga tak tahu la nak cakap macam mana.



Jangan asyik nak penuhkan poket keramat anda sahaja wahai usahawan! Anda lebih daripada itu! Dapat memberi manfaat pada orang lain besar pahalanya di sisi Allah sekiranya anda berniat IKHLAS!

Alamak panjang pula…ada masa kita sambung semula. Selamat melancong.

No comments:

Post a Comment