Friday 16 February 2018

KELEBIHAN SI PEMALAS




• Pada suatu hari ada satu pertandingan. Dengan menggunakan sehelai kertas para peserta di kehendaki mengolah kertas itu agar sampai kegarisan penamat yang hanya 60 meter. Siapa cepat dialah pemenangnya.

• Mamat yang kreatif ini terus mereka kapal terbang yang hebat dengan kertas tersebut. Tersenyum angkuh dengan kreatifnya beliau.

• Si ulat buku ini pula terpinga-pinga nak buat macam mana sebab buku yang dia baca hanya lah buku akedemik. Belum jumpa lagi bab nak mereka kertas menjadi kapal terbang seperti si kreatif tadi.

• Si pemalas pula dengan selamba muka mengantuknya dan menguap terus mengambil kertas itu gumpal dan baling ke garisan penamat.

Pendek cerita si pemalas tersebut juara pertandingan.
Semua orang ternganga.

• So jangan menghina sangat pada orang malas ni, mereka selalu bergaul melepak, selalu bermain, selalu berehat, ..cuma mereka tak menukar skill mereka ke arah kebaikan.

• Orang malas lebih KREATIF, ada sahaja idea nak mengular dari buat kerja.

• Orang malas CEPAT membuat keputusan. Ada sahaja short cut agar kerjanya siap cepat sebab nak bermalas malasan selepas itu.

• Orang malas lebih DAYA TAHAN dan dah terbiasa dengan orang yang selalu mengatanya.

• Orang malas lebih FOCUS, tak suka banyak-banyak kerja. Kalau boleh satu kerja sahaja nak buat.

• Orang malas lebih tahu akan persekitaran sosial. Sebab selalu melepak bersosial dengan kawan-kawan.

• Orang malas seorang yang ceria sebab tidak suka membaca buku-buku terlalu ilmiah, mereka lebih suka buku-buku santai seperti gila-gila, goku, pedang setiawan.

Ke ada lagi kelebihannya?

No comments:

Post a Comment