Sunday 11 February 2018

KENALI DIRI


Emmm....

• Ada orang sekiranya kita PUSH dia, baru akan bergerak dan menunjukkan hasil seperti bola yang melantun tinggi sekiranya di tekan kedalam air. Semakin di tekan semakin kuat lantunannya.

• Ada orang pulak sekiranya kita tekan, dia akan terus TENGGELAM tak timbul-timbul, Bak batu yang di lempar kedalam sungai yang tentunya terus tenggelam tak timbul-timbul.

• Ada orang pulak bak POKOK KELAPA seribu serba guna. Just ajar sikit dia boleh berdikari. Malah boleh melangkau jauh akan potensinya. Ajar A dia boleh olah sehingga B,C,D dan seterusnya, WOW!

• Ada pulak yang SLOW teramat, kena ajar dia satu persatu. Orangnya ada potensi tetapi sentiasa kena bagi motivasi dan galakan. Jika kita terlupa sekejap dia akan tersasar dari landasan.

• Ada juga yang cepat MELENTING sekiranya kita push dia, silap dia terus boikot tak buat kerja yang kita minta. Cukup dengan sekali sahaja kita inform dia insya allah dia akan buat kerjanya. Orang ini just kena bagi “GENTLE REMINDER”.

• Ada orang jenis pantang di CABAR dia akan segera bangkit dan menunjukkan hasil. Kena sebut CABAR tu dengan R panjang…rrrrrrr…biar bergetar baru ada feel. Bak kata pepatah “PANTANG MELAYU DICABARRRRR”.




• Ya! Macam-macam jenis orang ada. Itu lah KEINDAHAN dalam hidup ini yang di cipta Allah. Sesungguhnya ada hikmahNya tersendiri. Bukan sia-sia semua itu. Nampak macam kelemahan tetapi sekiranya di olah dengan betul ianya akan memberi MANFAAT yang tersendiri.

• Cuma adakah dengan kelemahan tersebut anda tidak perlu untuk merubahnya kepada kebaikan? Adakah hanya berpeluk tubuh berserah sahaja kepada takdir? Tidak sama sekali. Allah buat begitu untuk kita fikir dan berubah menjadi LEBIH HEBAT!.

• Kita bertuah kerana ada boss, cikgu, leader yang akan memainkan peranan penting dalam hal ini. Kena mengenal pasti level anak didik, pekerja dan anak buahnya bagi menjamin produktiviti yang optimum. Tetapi sampai bila nak mengharapkan mereka? awal semaian boleh la nak baja dan racun dari makhluk perosak. Selepas dah matang dah boleh dilepaskan untuk menuai hasil.

• Now cuba ubah mind set , kita sendiri yang menerokai siapa kita sebenarnya? Kita ni jenis yang macam mana? Kita pula yang cuba ubah diri kita dengan kelemahan yang ada. Munkin kita ni jenis yang slow dan memerlukan dorongan motivasi dari boss kita so cuba kita sendiri yang cari bahan-bahan motivasi tersebut.

• Ada guru, sahabat, mereka yang memerhati kita merupakan NILAI TAMBAH.

• Ya! Sampai bila anda nak kena guide oleh boss anda? Pokok apabila matang tetapi tidak mendatangkan hasil akan di TEBANG!.


#ahmadsamhan

No comments:

Post a Comment