Sunday 28 June 2020

AMBIL BALDI TELANGKUP MUKA



• Jika kita tahu tabungan kita belum mencapai sasaran lagi, jadi berusahalah sekarang untuk penuhi tabungan kita.

• Lain orang lain caranya. Ada tabung simpanan, kecemasan, kematian, medical, percutian, beli rumah, pendidikan, perkahwinan, cukai, zakat dan sebagainya.

• Kalau gaji kita kecil jadi rancang sekarang macam mana nak tambahkan pendapatan bagi memenuhi tuntutan tabung-tabung tadi.

• Gaji besar pun tapi tabung masih tiris tiba-tiba pula kena di berhentikan kerja , duit kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan tiada so kena do something. Lagi besar gaji lagi besar keraknya pula.

• Ada yang dapat buat OT, jual buah durian, jual nenas, kropok lekor, ternak kambing, grab car, part time financial services macam unit trust@ takaful, jual di pasar malam dan banyak lagi.

• Yang menjadi masalahnya SIFAT MALU yang menebal dan UNGKAPAN "NANTI APA ORANG KATA?".

• Eh malu la aku, apa kerlas executive lepasan universiti@ manager di tempat kerja jual buah tepi jalan. Nanti apa pula orang kata pada kita.

• Ambil baldi telangkup muka dah malu sangat.

• Kalau berkenan pada gadis tapi malu dan fikir apa orang akan kata memang terlopong BERPUTIH MATA.

BabaAnis ®

#malutakbertempat
#tabung
#persediaan
#zamannormabaharu

No comments:

Post a Comment