Sunday 21 June 2020

SESAT JALAN


Tahukah anda sekiranya kita pergi ke Capetown pemandu pelancong biasanya akan bawa kita ke Capetown Waterfront untuk shopping aktiviti. (Sebenarnya tempat lain pun sama).

Di sini harga barang agak mahal dan mall nya tak besar. Hanya menjadi tumpuan pelancong sebab di tepi pantai yang cantik dan berlatar belakangkan Table Mountain.

 Capetown Waterfront


Sedangkan di Canal Walk jauh lebih murah, barangan berkualiti, shopping mall yang agak besar, barangan pelbagai dan pastinya membuat kita rambang mata.

Canal Walk


Tak tahu la kenapa pemandu pelancong buat begitu.
Mungkin dapat komisen.
Mungkin pelancong memang selalu cari barang mahal.
Mungkin kalau pergi ke Canal Walk duit banyak habis sampai senget kapal terbang.
Mungkin ramai yang hilang sesat jalan sebab rambang mata.

Bagi saya tengok poket dan iman masing-masing la. Jangan sampai minta azan dekat telinga sudah.

Kalau orang itu saya boleh agak la, ada yang pakai pakaian yang mahal sedangkan yang murah sama juga kualitinya. Boleh save duit untuk tujuan lain lagi.

Biasanya ada beberapa golongan begini. 1 beli benda mahal dan branded nak tunjuk kita ini kononnya kaya, nak impressed orang lain yang dia adalah orang yang berjaya. Kalau jenis macam ini memang mencari nahas dan tidak berkat.

Golongan kedua memang dia kaya dan ada lebihan duit. Ada juga yang nak reward diri mereka dan family setelah lama bertungkus lumus sehingga berjaya.

Mereka tak nak jatuh pada KUFUR NIKMAT. Allah dah bagi dia kaya jadi sesuai dengan kekayaan dia tanpa membazir.

Ada juga yang kaya raya tetapi keadaan rumah macam orang papa kedana. Kedekut dengan anak bini sehinggakan nak sediakan katil, pakaian, tempat tinggal yang selesa pun berkira.
Silap hari bulan Allah tarik balik semua kekayaan tersebut.

Jadi apa-apa pun keadaan, ujian dan tindakan kita hendaklah berlapik dengan AGAMA. Agar tidak melampau dan lari dari trek yang betul.

Lain iman lain pula nafsunya.

Sekian tazkirah.

No comments:

Post a Comment