Sunday 21 June 2020

TABUNG KECEMASAN

Ada client last week call saya sebab terdesak nak pakai duit. Munkin terkesan dengan PKP. Saya tak tanya banyak takut segan dia pula. Orangnya berduit.

Tapi nampak la air muka beliau macam terlepas dari seribu kekusutan. Ke sebab rambut dia serabai tak bergunting pun saya tak sure. Kalau sebab itu, nak sahaja saya tolong guntingkan rambutnya.

Kira special service sambil berurusan dan dapat gunting rambut secara percuma ewah!.


Nasib baik katanya ada juga dia buat pelaburan cash dengan saya dahulu. Dia pejam mata sahaja buat simpanan bulanan sebab katanya kalau tak disiplinkan diri menyimpan memang sampai sudah tak menyimpan punya.

Duit ini berhantu kalau ada di tangan. Ada sahaja helah nak beli itu dan ini. Kalau tak kontrol memang kosong la tabung jawabnya.

Nak pakai duit itu satu hal. Dia bagitau saya pula bawak form untuk UP kan jumlah RM autodebit bulanan untuk investment beliau. Rugi tak buat potongan banyak dahulu katanya walaupun sebenarnya dia mampu.

Memang dia betul-betul nampak kesannya apabila saat memerlukan duit.
Dia nak stanby masa akan datang pula takut-takut terjadi sebagaimana sekarang.
Rasa terharu pun ada apabila dapat menolong menyelesaikan masalah orang.

Pesanan penaja pada semua agar sediakan tabungan anda. Kita tidak tahu apa yang terjadi di kemudian hari munkin senang atau susah.

Kita pun tak menjangka pandemic covid 19 ini memberikan kesan besar pada seluruh dunia.
Untill then selamat menabung.


#mulaawalmenabung
#beringatsebelumkena
#masadepananda

No comments:

Post a Comment